Skip to playerSkip to main content
  • 15 hours ago
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, bagaimanapun penggantungan itu tidak menjejaskan perkhidmatan JPJ kepada orang ramai kerana urusan berkaitan masih boleh dilakukan menerusi saluran alternatif, termasuk aplikasi MyJPJ.
Transcript
00:00Menteri Pengangkutan Anthony Lok memaklumkan syarikat di bawah kumpulan MyEG, Zetrix AI Berhad
00:06masih belum melunaskan tunggakan hasil kutipan kerajaan berjumlah RM314 juta.
00:13Bagaimanapun, Lok berkata penggantungan perkhidmatan syarikat itu sebagai ejen kutipan Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ
00:20tidak menjejaskan urusan orang ramai.
00:24Kutipan saman dan perkhidmatan lain dijalankan oleh MyJPJ dan bukannya tak ada opsi, tidak ada gangguan.
00:31Jadi bagi pengguna-pengguna tidak ada masalah dan kita tak menghadapi masalah pun dalam 2 minggu ini
00:37kutipan, pembaharuan cukai jalan, pembaharuan desin dapat diakses oleh orang ramai seperti biasa
00:45kerana ramai sekarang ini telah pun mengalir kepada penggunaan MyJPJ, aplikasi JPJ.
00:50Jadi tidak ada masalah dari segi pembayaran dia masih belum lagi.
00:55Terdahulu perkhidmatan MyEG dan Zetrix AI Berhad sebagai ejen kutipan JPJ dikantung
01:01selepas kedua-dua syarikat gagal menyerahkan hasil kutipan berjumlah RM314 juta kepada kerajaan
01:08bagi tempoh 19 Mei hingga 30 September.
01:12Menurutnya tindakan penggantungan itu dibuat selepas kedua-dua syarikat gagal melunaskan
01:17tunggakan berkenaan walaupun 35 peringatan telah diberikan selain beberapa siri sesi libat urus
01:24diadakan pihak berkuasa sejak Mei lalu.

Recommended