00:02Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, mengancam akan mendedahkan nama syarikat asing yang didakwa terbabit dalam kebakaran hutan dan tanah di Indonesia.
00:13Beliau berkata kerajaan akan menamakan firma berkenaan sebagai tindak balas terhadap apa yang disifatkannya sebagai penghinaan terhadap negara itu.
00:25Bagaimanapun Prabowo tidak menamakan negara atau syarikat yang dimaksudkannya, beliau juga tidak memberikan butiran mengenai dawaan penglibatan firma asing dalam
00:34kebakaran itu.
00:35Menurut agensi berita antara, Prabowo berkata siasatan di lapangan menemukan petunjuk kebakaran itu berpunca daripada perbuatan manusia.
00:45Beliau mengarahkan polis negara, pejabat peguam negara dan kementerian perhutanan menjalankan siasatan lanjut dengan bantuan Tentera Nasional Indonesia, TNI, serta
00:56agensi perisikan negara, BIN.
00:59Prabowo menambah kerajaan akan membatalkan permit syarikat yang didapati melanggar undang-undang.
01:05Indonesia mengalami kebakaran setiap musim kemarau tetapi kebakaran tahun ini amat serius sehingga menyebabkan ratusan ribu penduduk jatuh sakit.
01:19Bagi negara-negara tertentu yang suka menghina bangsa Indonesia, pada saatnya kita akan buka perusahaan-perusahaan.
01:37Saudara-saudara, bangsa Indonesia, bangsa yang santun, bangsa Indonesia, bangsa yang sabar, bangsa Indonesia sering dihina.
02:00Tapi bangsa Indonesia, percayalah, tidak mau diganggu terus-menerus.
02:15Dan bangsa Indonesia tidak bisa dihentikan, tidak bisa dihentikan berpuluh tahun sejak kita merdeka.
02:27Bangsa-bangsa besar selalu intervensi, selalu ganggu kita, selalu menghasut perpecahan kita.
02:41Terima kasih.