00:00Presiden Indonesia Prabowo Subianto memberi amaran tegas kepada syarikat yang terlibat dalam kebakaran hutan dan tanah dengan menegaskan lesen operasi
00:09mereka boleh dibatalkan.
00:11Menurut Prabowo, kerajaan sedang menjalankan siasatan terhadap beberapa syarikat yang disyaki melanggar peraturan pengurusan tanah serta pencegahan kebakaran.
00:23Beliau berkata siasatan awal mendapati terdapat syarikat yang dipercayai terlibat berulang kali dalam insiden kebakaran hutan.
00:31Malah sebuah syarikat dilaporkan dikaitkan dengan sehingga 19 kes kebakaran.
00:37Prabowo turut mendedahkan bahawa sebagian syarikat yang sedang disiasat berupakan syarikat milik asing.
00:43Bagaimanapun, kerajaan akan mengumumkan identiti syarikat terbabit pada masa yang sesuai.
00:49Beliau menegaskan semua syarikat yang beroperasi di Indonesia mesti bertanggungjawab terhadap kerosakan alam sekitar tanpa mengira negara asal mereka.
00:58Pada masa sama, Prabowo menggesa pemantauan lebih ketat terhadap pengurusan sumber asli bagi mastikan hutan dan kawasan ladang diurus secara
01:07bertanggungjawab.
01:08Langkah itu dilihat sebagai sebahagian usaha kerajaan Indonesia untuk membendung kebakaran hutan yang berulang dan mengurangkan kesan jerebu rentas sepadan
01:17di rantau Asia Tenggara.
01:19Terima kasih telah menonton!
Comments