Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul berkata cadangan pindaan terhadap Akta Narkotik berkaitan ganja telah dibincangkan pada Mesyuarat Ketiga Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik (ONCB) tahun ini pada Khamis.

Katanya, Kementerian Kesihatan Awam serta agensi berkaitan diarahkan untuk memeriksa premis berlesen dan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengusaha yang melanggar syarat lesen, termasuk kemungkinan lesen mereka dibatalkan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Thailand merancang untuk mengetatkan kawalan ke atas ganja dan meningkatkan hukuman bagi pelanggaran undang-undang.
00:07Langkah itu sebagai sebahagian daripada usaha yang lebih meluas untuk memperkukuh langkah penguatkuasaan dan pencegahan penyalahgunaan dadah di negara itu.
00:19Perdana Menteri Thailand Anutin Chan Virakul berkata cadangan pindaan terhadap Akta Narkotik berkaitan ganja telah dibincangkan pada mesyuarat ketiga.
00:27Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik ONCB tahun ini pada Kamis.
00:32Katanya dasar dadah mesti berasaskan bukti saintifik, fakta dan kepentingan awam.
00:38Beliau berkata kerajaan akan mengekalkan perbezaan yang jelas antara penggunaan ganja untuk tujuan perubatan dan penggunaan rekreasi.
00:46Kementerian Kesihatan Awam serta agensi berkaitan diarahkan untuk memeriksa premis belisin dan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengusaha yang melanggar
00:55syarat lisin
00:56termasuk kemungkinan lisin mereka dibatalkan.
00:59Beliau berkata mesyuarat itu turut membincangkan pindaan undang-undang dadah bagi meningkatkan penguatkuasaan terhadap pemilikan dadah.
01:07Ia termasuk kesalahan kuantiti kecil di samping memastikan rawatan dan pemulihan dipertimbangkan secara wajar bersama tindakan undang-undang.
01:16Anutin berkata beliau juga telah mengarahkan Jabatan Kastam untuk meningkatkan pemeriksaan, pengumpulan maklumat risikan dan pemeriksaan rawak.
01:25Langkah itu bagi mengelakkan penyelewengan dan ekspor barangan haram terutamanya yang berpotensi berkaitan dengan narkotik.
01:33Thailand membenarkan penggunaan ganja pada 2022 namun susulan kebimbangan mengenai penggunaan rekreasi dan perniagaan berkaitan ganja yang berkembang pesat.
01:43Rajan sejak itu mengambil langkah untuk mengetatkan peraturan.

Recommended