00:00Pengumpulan data lokasi melalui aplikasi digital boleh mendedahkan pengguna kepada risiko pencerobohan privasi, ancaman keselamatan cyber dan penyalahgunaan maklumat, khususnya
00:10apabila data berkenaan dikumpulkan dalam tempoh yang panjang.
00:13Prof. Rangkaian Komputer dan Keselamatan Cyber, Fakulti Sains, Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia UPM, Prof. Teknologi Dr. Zuryati
00:23Ahmad Zulkainan berkata, terdapat tiga risiko utama yang perlu diberi perhatian termasuk pendedahan rutin harian dan lokasi yang kerap dikunjungi
00:31pengguna.
00:34Menurut beliau, risiko menjadi lebih serius apabila melibatkan individu yang mempunyai jawatan atau autoriti tertentu, memandangkan maklumat pergerakan mereka berpotensi
00:43diakses oleh pihak yang tidak mempunyai kebenaran.
00:46Katanya keadaan itu boleh membuka ruang kepada kegiatan menghendap, gangguan dan jenayah sekiranya maklumat berkenaan disalahgunakan.
00:53Lebih-lebih lagi, kalaulah database itu berada bukan dalam server dalam negara kita dan melibatkan parking server itu di pelbagai,
01:05globally, server itu boleh diletak di mana-mana.
01:09Jadi dari aspek ases kepada database itu sangat merisaukan, especially pegawai-pegawai yang berautoriti lah ya.
01:18Jadi pada saya, ases untuk menggunakan biometrik itu sangat penting untuk memastikan confidentiality kita ya, menggunakan device.
01:28Tapi dalam masa yang sama kita kena fikir dalam skop yang lebih besar di mana bila data itu ya telahpun
01:36kita save ya, so data itu masih akan terus berada di situ.
01:42Dan yang sangat penting di sini bila ianya berlaku secara rutin ya, setiap hari.
01:49Jadi sudah pasti ya, profil ya dan juga lokasi ya akan dapat di apa, detect oleh mereka-mereka yang mempunyai
02:04tujuan-tujuan tertentu.
02:05Jadi pada saya sangat penting untuk kita pastikan ya, aspek keselamatan data, sovereignty data, kedaulatan data itu sejauh mana perlindungannya
02:19ya, diterapkan di sini.
02:23Beliau turut membangkitkan kebimbangan sekiranya pangkalan data disimpan di luar negara atau menggunakan pelayan di pelbagai lokasi global
02:30sekaligus menimbulkan persoalan mengenai kawalan dan bidang kuasa terhadap data berkenaan.
02:36Justru beliau menegaskan kepentingan memperkukuh keselamatan dan kedaulatan data bagi memastikan maklumat pengguna,
02:42terutama individu yang memegang jawatan strategik dilindungi daripada akses tanpa kebenaran dan penyalahgunaan.