00:00Lembaga Leboraya Malaysia LLM bersama penyedia aplikasi ProSignal Concertium Sundiamberhat PCSB sedang giam melaksanakan usaha pemulihan dan penambahbaikan aplikasi navigasi
00:12tempatan tujuh susulan gangguan teknikal selepas peningkatan ketara jumlah pengguna.
00:17LLM dalam kenyataannya memaklumkan peningkatan itu berlaku susulan seranan Perdana Menteri supaya orang ramai mempertimbangkan penggunaan aplikasi navigasi tempatan.
00:28Sehubungan itu LLM memohon maaf atas kesulitan yang dialami pengguna dan sedang bekerjasama dengan PCSB untuk mengenalpasti punca gangguan memulihkan
00:38kestabilan sistem serta meningkatkan kupayan aplikasi bagi menampung pertambahan pengguna.
00:43Menurut LLM maklum balas orang ramai berhubung fungsi navigasi, ketepatan maklumat laluan dan pengalaman penggunaan turut diberi perhatian.
00:52Penambahbaikan akan dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan tujuh menyediakan perkhidmatan yang lebih stabil, tepat dan mesra pengguna.
01:01Tujuh yang diperkenalkan pada 26 November 2025 merupakan aplikasi navigasi lebuh raya yang dibangunkan PCSB dengan kerjasama LLM.
01:11LLM menegaskan bahawa usaha memperkukuh aplikasi berkenaan bukan sahaja tertumpu kepada kestabilan sistem malah merangkumi peningkatan fungsi navigasi, ketepatan maklumat
01:21dan keupayaan aplikasi dalam memenuhi keperluan pengguna.
01:24Dalam pada itu, LLM akan terus bekerjasama dengan Kementerian Kerja Raya, Agensi Keselamatan Cyber Negara dan pihak berkaitan bagi memperkukuh
01:33ekosistem navigasi tempatan termasuk aspek keselamatan cyber dan takbir urus data.
01:39LLM turut menghargai kesabaran serta maklum balas orang ramai dan memberi jaminan bahawa isu yang dibangkitkan akan diteliti secara serius.