00:16NIAGA AWANI
00:30dan kelulusan pengambilan pekerja asing bagi memastikan mereka hanya diambil dalam sektor yang dibenarkan dan pekerjaan yang benar-benar mengalami
00:37kekurangan tenaga kerja.
00:39Dalam satu kenyataan, MEF memaklumkan laporan mengenai pekerja yang diambil bekerja sebagai juru wang, pembantu jualan, petugas perkhidmatan dan pekerja
00:48perkhidmatan makanan menimbulkan kebimbangan sama ada dasar pengambilan pekerja yang sedia ada dilaksanakan dan dikuatkuasakan dengan sewajarnya.
00:56Persekutuan itu menegaskan rakyat Malaysia perlu diberi keutamaan untuk mengisi kekosangan jawatan yang tersedia, manakala majikan diharap berusaha bersungguh-sungguh
01:06untuk mengambil, melatih dan mengekalkan pekerja tempatan sebelum mendapatkan tenaga kerja asing.
01:14Lima tahun akan datang menjadi tempoh peralihan penting bagi Sarawak dalam usaha membangunkan ekonomi bernilai tinggi berasaskan penciptaan teknologi, kata
01:24Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
01:26Beliau berkata, Sarawak perlu mengamalkan pendekatan dan dasar baharu bagi meningkatkan daya saing ekonomi negeri termasuk beralih daripada aktiviti pemasangan
01:35kepada penciptaan teknologi.
01:37Abang Johari berkata, usaha itu penting bagi membolehkan Sarawak keluar daripada perangkat pendapatan sederhana melalui perubahan struktur ekonomi.
01:46Beliau berkata, asas transformasi ekonomi telah dibina sepanjang lima tahun lepas menerusi penekanan terhadap ekonomi digital, pengukuhan kedudukan fiskal dan
01:55pengukuhan aset strategik negeri sekaligus menyokong pelaksanaan pembangunan.
02:02Jumlah perdagangan Malaysia meningkat 27% kepada RM2.514 triliun bagi tempoh Januari hingga Ogos 2026 disokong pertumbuhan ekspor dan
02:13import sekaligus mencerminkan daya tahan sektor perdagangan negara menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri MITI.
02:21Kementerian itu memaklumkan prestasi perdagangan negara kekal memberansangkan meskipun berdepan ketidaktentuan global termasuk perubahan tarif, sekatan perdagangan antarabangsa dan gangguan
02:32terhadap laluan perdagangan utama seperti penutupan selat homo sejak akhir Februari 2026.
02:38Meskipun begitu, MITI dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia, Madrid mengambil pendekatan bersepadu dan sedia masa depan dengan kerjasama semua
02:47pemegang taruh agar prestasi ekspor akan menjadi lebih baik dan produk-produk Malaysia sentiasa kompetitif di pasaran antarabangsa.
02:58Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Kuskop sedang menyelaraskan usaha bagi memasakkan persaingan yang adil melalui pengukuhan kawas selia platform e
03:07-dagang asing serta memperkukuh daya saing perusahaan mikro, kecil dan sederhana PMKS.
03:12Kementerian itu menjelaskan usaha tersebut merangkumi tindakan rentas kementerian dan agensi berkaitan, merangkumi Kementerian Keuangan MOF, Kementerian Pedagangan Dalam Negeri
03:23dan Kos Sari Hidup KPDN serta meneliti aspek persaingan yang adil, pematuhan, pihawayan dan keselamatan produk, percukaian serta kerangka kawas
03:32selia platform e-dagang asing.
03:33Isu ini katanya turut dibangkitkan oleh Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim dalam perbincangan dua hala bersama kepimpinan China pada
03:41September 2026 dengan tindakan sesulan sedang diperhalusi bagi memastikan kepentingan PMKS tempatan terus dilindungi.
03:52Protes tercetus di London sesulan keputusan Kerajaan Britain meluluskan pembangunan medan gas Jackdaw di Laut Utara, petunjuk perasaan Fossil Free
04:02London berhimpun di luar Jabatan Keselamatan Tenaga dan Sifar Bersih bagi membantah keputusan itu.
04:07Kelulusan berkenaan menamatkan pertikaian undang-undang dan politik yang berlarutan selama beberapa tahun. Ia hadir ketika Kerajaan Britain berdepan cabaran
04:17meimbangi sasaran iklim dengan keperluan menjamin keselamatan tenaga negara.
04:22Tumpuan kini terarah kepada medan minyak Rosebank yang masih belum diluluskan. Penunjuk perasaan turut mendesak Kerajaan menolak projek itu ketika
04:30harga tenaga yang tinggi terus memberi tekanan kepada isi rumah, peniagaan dan ekonomi Britain.
04:40Terima kasih kerana menonton!