Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Pengiktirafan WHO bagi tempoh 2021-2024 mengukuhkan rekod Malaysia sejak 2018. KKM turut menekankan pencegahan, kesihatan digital dan kerjasama global dalam memperkukuh sistem kesihatan awam.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Malaysia mengekalkan status eliminasi penularan HIV dan sifilis daripada ibu kepada anak atau EMTCT bagi tempoh 2021 hingga 2024 sekaligus
00:11meneruskan pencapaian kesihatan awam yang diiktiraf pertubuhan kesihatan sedunia WHO sejak 2018.
00:18Kementerian Kesihatan GKM dalam kenyataan memaklumkan penitirafan itu disampaikan pada mesyuarat jawatan kuasa serantau WHO bagi Pasifik Barat ke-77
00:27di Manila, Filipina yang berlangsung dari E-Seni Lepas hingga Kamis.
00:35Jelasnya pencapaian ini meneruskan rekod cemelang Malaysia sejak 2018 sebagai negara pertama di rantau Pasifik Barat dan negara ke-12
00:43di dunia yang mencapai status ini.
00:45Sijil pengesahan pengekalan status eliminasi penularan HIV dan sifilis daripada ibu kepada anak itu disampaikan oleh Ketua Pengarah WHO Dr.
00:56Tedros Adhanam Ghebreyesus dan Pengarah Serantau WHO bagi Pasifik Barat Dr. Zaya Maupiukala kepada Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Zulkifli
01:05Ahmad yang mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat berkenaan.
01:08KKM mendedikasikan kejayaan itu kepada petugas barisan hadapan, warga kesihatan awam dan swasta, majlis AIDS Malaysia serta rakan pertubuhan masyarakat
01:18sivil yang terlibat dalam usaha membendung penularan HIV dan sifilis daripada ibu kepada anak.
01:24Menerusi kenyataan negara pada mesyuarat itu, Zulkifli menggariskan usaha Malaysia memperkukuh pendekatan seluruh masyarakat menerusi peralihan daripada pendekatan merawat penyakit
01:34kepada penjagaan kesihatan dan pencegahan.
01:37Antara inisiatif yang dilaksanakan ialah peluasan saringan penyakit tidak berjangkit NCD dalam komuniti, cukai minuman bergula, penggunaan pendekatan sains tingkah
01:47laku, pemerkasaan kesihatan digital bagi pengesanan awal penyakit serta penyepaduan inisiatif kesihatan paru-paru di fasiliti penjagaan primia.

Recommended