00:00BNK Syarikat tidak boleh mengharapkan dialog dengan Iran sedangkan pada masa sama terus meluangkan ancaman terhadap negara Republik Islam itu.
00:08Presiden Iran masuk perzishkian berkata Washington perlu mengiktiraf hak Iran dan menghentikan tindakan yang disifatkannya sebagai buli serta pencerobohan sebelum
00:17sebarang rundingan dapat dilaksanakan.
00:22Menurut beliau, usaha berdialog tidak akan berjaya jika semua laluan ditekan atau disekat sambil ancaman terus dilontarkan.
00:30Mas'ud turut mendakwa Amerika Syarikat gagal mematuhi komitmen yang telah dipersetujui sebelum ini.
00:36Beliau berpandangan bahawa mana-mana pihak yang memeterai perjanjian perlu terus berpegang kepada komitmen tersebut hingga ke akhir meskipun berdepan
00:44cabaran.
00:45Ketegangan di Asia Barat kekal tinggi sejak konflik melibatkan Iran, Amerika Syarikat dan Israel memuncak pada Februari lalu.
00:52Sebagai tindak balas, Teheran dilaporkan melancarkan serangan peluru berpandu dan drone serta mengetatkan kawalan di Selat Hormuz, salah satu laluan
01:01perkapalan paling strategik di dunia.
01:03Amerika Syarikat kemudiannya melaksanakan sekatan tentera laut ke atas pelabuhan-pelabuhan Iran.
01:08Walau bagaimanapun, usaha meredakan krisis menerusi Memorandum Persefahaman mengenai kebebasan navigasi yang ditandatangani kedua-dua pihak pada Jun lalu dilaporkan
01:18terhenti akibat pertikaian berhubung isu keselamatan di Selat tersebut.
01:22Terima kasih telah menonton!