00:00Persatuan Alumni Dasar Pandang Ketimur atau ELAPS bukan sahaja membantu melahirkan golongan profesional dalam kalangan rakyat Malaysia.
00:07Dalam hal ini, ribuan rakyat Malaysia berjaya menjadi jurutera, pensyarah, usahawan dan pemimpin sejak penubuhannya empat dekad lalu.
00:15Namun, ia juga membolehkan Presiden ELAPS, Isrami Ismail, mendapat peritrafan diberi anugerah oleh Kementerian Luar Jepun kerana komitmennya memperkukuhkan hubungan
00:25persahabatan antara Malaysia dan Jepun.
00:30Majlis penganugerahan itu berlangsung di kediaman rasmi Duta Jepun ke Malaysia, Shikata Noriyuki di Kuala Lumpur baru-baru ini.
00:37Ditemui selepas majlis berkenaan, Isrami mengakui antara pengajaran paling berharga yang dibawanya pulang bukan semestinya diperolehi di dalam bilik kuliah,
00:46sebaliknya menerusi nilai yang diamalkan masyarakat Jepun.
00:49Nilai itu termasuk disiplin, kerendahan hati, ketekunan, sikap menghormati orang lain dan rasa tanggungjawab yang tinggi terhadap masyarakat.
01:00Kita patut melihat negara lain juga.
01:04Tapi untuk saya, Jepun mempunyai perkara yang sangat unik yang kita dapat belajar di dalam kata-kataan mereka,
01:12dalam kata-kataan mereka, bagaimana masyarakat mereka reaksi, bagaimana masyarakat mereka,
01:23apa yang berharga di dalam masyarakat mereka.
01:26Ini adalah perkara yang kita patut menghormati informasi yang kita ada kepada generasi yang lebih muda dari hari ini.
01:36Isrami yang dilantik sebagai naik Presiden Alips pada 2012 sebelum menjadi Presiden pada 2022,
01:42menerima anugerah berkenaan sebagai pengiktirafan terhadap sumbangannya dalam memperkukuh persahabatan dan persefahaman antara Malaysia dan Jepun.
01:50Beliau merupakan seorang daripada dua rakyat Malaysia yang dipilih menerima anugerah itu pada 2026,
01:56yang diberikan kepada 159 individu dan 67 kumpulan di seluruh dunia atas pencapaian cemelang dalam hal ehwal antarabangsa.
02:04Seorang lagi penerima dari Malaysia ialah Pendidik dan Penggerak Pertukaran Budaya Gary Tankok
02:09yang menerima anugerah daripada Syikata pada Majlis Berasingan 17 Oktober lalu.