Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Jualan kenderaan di Malaysia dijangka merosot lima peratus kepada 780,000 unit tahun ini, susulan momentum pembelian yang dijangka lebih perlahan pada suku terakhir 2026.
Transcript
00:00Jualan kenderaan di Malaysia dijangka merosot 5% kepada 780,000 unit tahun ini, susulan momentum pembelian yang dijangka lebih
00:09perlahan pada suku terakhir 2026.
00:12Firma penyelidikan CGS International Sekretis kekal dengan ujuran itu, walaupun jualan bagi tempoh Januari hingga September meningkat 4% tahun
00:21ke tahun kepada lebih 602,000 unit.
00:26Menurut CGS, sebanyak 177,367 unit lagi perlu dijual dalam tempoh Oktober hingga Disember bagi mencapai sasaran 780,000 unit.
00:39Bagi September, jualan kenderaan menyusut 4% berbanding Ogos kepada 69,609 unit.
00:47Namun angka itu masih meningkat 20% berbanding bulan sama tahun lalu.
00:51Pasaran kenderaan elektrik EV bagi tempoh Januari hingga September 2026 pula merekodkan 8.9%, hampir tidak berubah berbanding 9%
01:02bagi tempoh Januari hingga Ogos.
01:06CGS turut menjangkakan sebahagian pengguna menangguhkan pembelian kenderaan menjelang belanjawan 2027.
01:12Firma itu juga menyatakan sebahagian pembelian mungkin sudah dibuat ketika penganjuran pameran mobiliti antarabangsa Kuala Lumpur pada Jun lalu.
01:22CGS menjangkakan peningkatan kuota subsidi petrol Budi Madani Budi 95 daripada 200 kepada 300 liter sebulan berkuatkuasa 1 September itu
01:32dapat menyokong sentimen pengguna.
01:35Terima kasih telah menonton!
01:36Terima kasih telah menonton!
01:36Terima kasih telah menonton!

Recommended