00:00Kerajaan memperuntukkan RM3.1 bilion menerusi belanjawan 2027
00:06bagi memartabatkan syiar Islam, menangkumi pembangunan pendidikan agama
00:10dan kebajikan petugas agama di seluruh negara.
00:13Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama Dr. Zulkifli Hassan berkata
00:18RM200 juta daripada peruntukan itu disediakan untuk memperkasa sekolah agama rakyat,
00:24institusi tafiz dan sekolah pondok berdaftar termasuk membantu memenuhi keperluan asas
00:28seperti bil elektrik dan kemudahan tandas.
00:32Menurut beliau, bantuan kerajaan sebelum ini turut memberi manfaat kepada lebih 1,600 sekolah agama
00:38pada 2025 menerusi peruntukan RM150 juta.
00:43Jadi apa yang kita ingin beritahu, berkongsikan dengan masyarakat bahawa
00:47peruntukan ini adalah satu peruntukan yang menunjukkan keprihatinan kerajaan.
00:53Selama ini memang tiada peruntukan tersebut.
00:55Jadi kerajaan menunjukkan bahawa sememangnya kita perlu berfasak untuk menaik taraf sekolah-sekolah agama kita
01:02dan dalam masa yang sama, kita juga ada program-program yang membantu dari sudut kemahiran guru-guru dan sebagainya.
01:10Selain bantuan kemudahan, usaha memperkasa pendidikan Islam turut melibatkan perdigitalan
01:15melalui kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM dan Perpadanan Ekonomi Digital Malaysia, MDEC,
01:22termasuk inisiatif teknologi di sekolah pondok.
01:25Malaysian Digital Economic Corporation dengan JAKIM
01:28untuk memilih enam projek rintis di sekolah-sekolah ini
01:32untuk memberikan kemahiran kepada pengetua-pengurusan, pengetua mudir,
01:38pengurusan timbalan penolongkanan dan sebagainya, guru-guru dan juga pelajar-pelajar.
01:44Apa yang mereka sediakan adalah Digital Maker Hub dengan peranti, dengan teknologi, dengan internet dan sebagainya
01:51dan pakar-pakar MDEC yang mengajar guru-guru dan sebagainya
01:54dengan teknologi artificial intelligence, digital termasuk juga robotik.
02:02Inisiatif perdigitalan itu diharap dapat melengkapkan pelajar institusi pendidikan Islam
02:06dengan kemahiran teknologi sekaligus membantu mereka menghadapi cabaran pembelajaran dalam era digital.
02:14Terima kasih telah menonton!