00:00Kerajaan Negeri Kelantan terus mempergukuh kesiapsiagaan menghadapi musim tengkujuh melalui penyelarasan sistem amaran awal, keperluan logistik dan pusat pemindahan sementara
00:10bagi memastikan keselamatan rakyat terpelihara.
00:13Menurut Menteri Besarnya, Datuk Mohd Nasuruddin Daud, pengalaman mengurus banjir Saban Tahun menuntut penyelarasan yang lebih menyeluruh terutamanya dalam aspek
00:22persediaan logistik dan penyampaian bantuan kepada mangsa.
00:29Beliau berkata kesiapsiagaan menghadapi tengkujuh sentiasa menjadi agenda penting kerajaan negeri bagi memastikan segala persediaan dapat dilaksanakan lebih awal.
00:38Menurutnya, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat majlis pengurusan bencana negara yang dipengurusikan oleh Datuk Seri Anak Ibrahim di Putrajaya.
00:46Beliau berkata persediaan menghadapi monsoon timur laut yang berpotensi membawa hujan lebat dan banjir turut diberi perhatian selain jangkaan fenomena
00:55Super El Nino pada tahun hadapan.
00:57Beliau menegaskan kerjasama erat antara kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, agensi pengurusan bencana negara NADMA dan pelbagai agensi berkaitan amat penting
01:06bagi memastikan pengurusan bencana dilaksanakan dengan berkesan.
01:09Tambahnya, kerajaan negeri akan terus memperkukuh kerjasama dengan semua pihak bagi menjamin keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan rakyat.