00:00Seramai 6,781 isi rumah miskin tegar, miskin dan B40 di seluruh negara telah menyertai inisiatif pendapatan rakyat atau IPR
00:11sehingga 31 Ogos tahun ini.
00:13Menurut Kementerian Ekonomi, seramai 1,228 peserta menerima manfaat menerusi inisiatif usahawan makanan atau IPR Insan.
00:24Daripada jumlah itu, 929 peserta atau 76% berjaya merekodkan hasil jualan kumulatif melebihi RM2,000.
00:34Malah, dua peserta masing-masing di UITM Acang dan Hospital Sungai Buloh mencatat purata hasil jualan melebihi RM13,000 sebulan.
00:43Bagi inisiatif usahawan tani atau IPR Intan pula, seramai 2,034 peserta menyertai projek pertanian berdaya maju.
00:52Daripada jumlah itu, 1,322 peserta atau 65% berjaya mencapai sasaran pendapatan bulanan sekurang-kurangnya RM2,000.
01:02Kementerian teruk maklumkan seramai 890 peserta menerima manfaat melalui inisiatif Operator Perkhidmatan atau IPR Ehsan.
01:10Sementara itu, program Basmi Miskin Tegar memberi manfaat kepada 2,629 peserta di seluruh negara.
01:17Penjelasan itu diberikan menerusi jawapan bertulis di Parlimen bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Bacok Muhammad Syahir Cik Sulaiman.
01:26Menurut Kementerian Ekonomi, IPR berfungsi sebagai pelengkap kepada program Pembasmian Kemiskinan Sedia Ada
01:32dengan menyediakan sokongan kepada peserta untuk menjana pendapatan tambahan secara mampan.
01:37Program itu menyasarkan pendapatan tambahan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan
01:42bagi membantu meningkatkan taraf hidup golongan sasar.