Skip to playerSkip to main content
  • 31 minutes ago
Ketua staf angkatan tentera Iran memberi amaran bahawa sebarang serangan baharu terhadap negara itu akan menerima tindak balas yang lebih tegas.
Transcript
00:00Ketua Turus Kaki Tangan Angkatan Tentera Iran memberi amaran bahawa sebarang serangan baru terhadap negara itu akan dibalas dengan serangan
00:07yang lebih kuat dan tegas.
00:09Dalam lawatan ke sebuah kemudahan ketenteraan, Meja Jeneral Ali Abdullahi memuji keupayaan Iran memperluaskan pengeluaran drone melalui pembangunan teknologi tempatan.
00:21Beliau berkata fasiliti pengeluaran drone yang dibangunkan oleh Angkatan Tentera Iran mencerminkan tahap kesiapsiagaan, motivasi dan keupayaan inovasi yang dimiliki
00:31pasukan keselamatan negara itu.
00:33Menurutnya pelbagai aset dan peralatan ketenteraan yang dibangunkan serta dinaik taraf oleh pakar tempatan kini lebih canggih berbanding model terdahulu.
00:42Ali Abdullahi berkata pengalaman daripada konflik dan ketegangan ketenteraan sebelum ini menjadikan Iran lebih bersedia untuk menghadapi sebarang ancaman pada
00:51masa hadapan.
00:53Beliau turut menegaskan bahawa semangat dan keteguhan Iran untuk mempertahankan kepentingan serta kedaulatan negara tidak pernah luntur.
01:01Kenyataan itu dilihat sebagai amaran terbaru Tehran di tengah ketegangan serantau yang terus meningkat melibatkan Iran, Amerika Syarikat dan sekutunya.
01:12Terima kasih.
Comments

Recommended