Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Peningkatan pelepasan cukai individu kepada RM12,000 dijangka mengurangkan potongan cukai bulanan dan meningkatkan gaji bersih golongan M40 mulai Januari depan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Peningkatan cukai pelepasan cukai individu kepada RM12,000 di bawah belanjawan 2027 dijangka memberi manfaat serta-merta kepada pembayar cukai
00:10melalui peningkatan gaji bersih mulai Januari tahun hadapan.
00:14Penasihat Ekonomi Pejabat Perdana Menteri Nur Hisham Hussein berkata, langkah itu akan mengurangkan potongan cukai bulanan khususnya kepada golongan berpendapatan
00:22sederhana atau M40.
00:27Menurut beliau, pelepasan cukai individu tidak pernah disemak selama 20 tahun dan peningkatan daripada RM9,000 kepada RM12,000 merupakan
00:36langkah positif yang dinantikan rakyat.
00:39Nur Hisham berkata, langkah tersebut merupakan sebahagian daripada seri reformasi ekonomi yang telah dilaksanakan kerajaan sejak 3 tahun kebelakangan ini.
00:47Beliau menjelaskan, kerajaan terus mengimbangi usaha penyatuan fiskal dengan langkah meringankan beban kos dari hidup rakyat dalam keadaan ekonomi global
00:56yang tidak menentu.
00:57Tambahnya, maklum balas orang ramai terhadap belanjawan 2027 turut positif, terutamanya melibatkan peluasan sumbangan asas serah masara yang kini meliputi
01:07lebih banyak barangan keperluan asas termasuk hasil segar dan ayam.
01:11Nur Hisham terus maklumkan bahawa reformasi terhadap sektor P panggilan dijangka akan dipertimbangkan pada tahun hadapan bagi meningkatkan perlindungan pekerja
01:20dan menjamin pendapatan minimum.

Recommended