Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Akta Statistik 2026 dijangka berkuat kuasa Disember ini, memperluas kuasa integrasi data DOSM dan memudahkan urusan agensi kerajaan serta IPT.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Akta Statistik 2026 dijangka dikuatkuasakan pada Disember ini sekaligus memperluas mandat Jabatan Perangkaan Malaysia atau DOSEM dalam pengumpulan dan integrasi
00:11data negara.
00:12Ketua Perangkawan Malaysia Siti Asyah Ahmad berkata, undang-undang itu dijangka diwartakan pada 23 Oktober ini sebelum beberapa perkara berkaitan
00:21pengurusan data dan peraturan fee dimuktamadkan.
00:24Dan pembaharuan rang undang-undang ini membolehkan YB kita tidak perlu ada MOU dengan mana-mana agensi kerajaan dan juga
00:35IPT, IPTA, IPTS ataupun mana-mana agensi kerajaan kerana apa dalam RUU itu telah jelas bahawa semua orang berhak menggunakan
00:46data.
00:46Menerusi pembaruan itu, DOSEM diberi mandat mengintegrasikan data daripada pelbagai sumber tanpa hanya bergantung kepada kaedah tinjauan atau SEVIK.
00:56Permohonan penguruan data oleh institusi pengajian tinggi pula boleh dibuat terus kepada DOSEM mengikut garis panduan pengurusan data yang ditetapkan.
01:05Sementara itu, Siti Asyah turut memaklumkan Jabatan Perangkaan Malaysia akan dikenali sebagai Jabatan Statistik Malaysia mulai tahun depan.
01:12Beliau berkata demikian ketika berucap sempena sambutan Hari Statistik Tenggara 2026 peringkat kebangsaan di Putrajaya pada Selasa.

Recommended