Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Selepas insiden bungkusan mencurigakan di sembilan sekolah di Negeri Sembilan minggu lalu, suasana gempar kini beralih ke Melaka apabila bungkusan berisi tepung ditemui di sebuah sekolah di daerah Alor Gajah.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Selepas insiden bungkusan mencurigakan di sembilan sekolah di negeri sembilan minggu lalu, suasana gempar kini beralih ke Melaka apabila sebuah
00:09sekolah di daerah luar gajah turut menemui bungkusan yang sama.
00:13Bagaimanapun, pemeriksaan pihak berkuasa mendapati bungkusan putih berkenaan hanya mengandungi 3 kg tepung yang diletakkan di atas pinggan polistrin.
00:24Ketua Polis Daerah Luar Gajah, Supertenden Ahmad Abu Bakar mengesahkan pihak yang menerima maklumat berhubung penemuan itu selepas dimaklumkan oleh
00:32pegawai bertugas Pusat Kawalan Daerah kira-kira 8.20 pagi selasa.
00:36Menurut beliau, bungkusan diletakkan di bahagian belakang pondok pegawai keselamatan sekolah dan dipercayai berada di lokasi sejak sebulan lalu.
00:44Beliau berkata terdapat nama penerima pada bungkusan berkenaan namun apabila disemak nama penerima pada alamat sekolah berkenaan, tiada staf atau
00:53individu yang mendaftar di bawah nama tersebut.
00:56Menyendari risiko kemungkinan terdapat bahan berbahaya, pihak keselamatan yang dikejarkan ke lokasi terpaksa menggunakan peralatan perlindungan diri PPE sewak dan
01:05pembukaan bungkusan.
01:07Namun apabila dibuka, didapati ia hanyalah tiga paket tepung berat 3 kg bersama pinggan polistrina.
01:15Mengulas lanjut, beliau memaklumkan pasukan forensik turut dipanggil ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan lanjut serta mengesan cap jari pada bungkusan.

Recommended