Skip to playerSkip to main content
Lapan lelaki tempatan diperintahkan oleh Mahkamah Majistret Kulim membayar denda RM5,000 selepas mengaku salah melakukan penipuan atas talian, baru-baru ini.

Majistret Nur Hamizah Mat Shah memerintahkan hukuman berkenaan ke atas kesemua lelaki terbabit setelah pengakuan bersalah direkodkan sebaik pertuduhan dibacakan terhadap mereka.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801196/berita/semasa/lapan-lelaki-didenda-rm5000-mengaku-menipu-atas-talian

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #tipuonline

Category

🗞
News
Transcript
00:00Lapan lelaki tempatan diperintahkan oleh Mahkamah Magistrate Kulim
00:03membayar denda RM5,000 selepas mengaku salah
00:07melakukan penipuan atas talian baru-baru ini.
00:10Magistrate Nurhamizah Matsyah memerintahkan hukuman berkenaan
00:14ke atas kesemua lelaki terbabit setelah pengakuan bersalah direkodkan
00:18sebaik pertuduhan dibacikan terhadap mereka.
00:21Kesemua tertuduh Li Jian, 29 tahun,
00:25Frankie Oi Zhen Yang, 26 tahun,
00:28Tan Ka Kian, 35 tahun,
00:31Li Wai Yan, 30 tahun,
00:33Lo Seng Huang, 26 tahun,
00:36Li Yi Chin, 37 tahun,
00:39Lu Kuan Hao, 41 tahun,
00:41dan Chu Ju Hock, 51 tahun.
00:44Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama
00:47menjalankan aktiviti penipuan atas talian
00:50beralamat di Bandar Putra Kulim
00:52pada jam 8 malam, 9 Oktober lalu.
00:55Sementara itu, seramai 41 lagi warga India dan Pakistan,
01:00termasuk 7 wanita, turut didakwa mengikut pertuduhan sama.
01:04Bagaimanapun, warga India dan Pakistan berusia 25 hingga 41 tahun itu
01:09mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Inggeris.
01:14Magistrate kemudian menetapkan 24 November depan
01:17sebagai tarikh sebutan semula kes bagi pertuduhan ke atas
01:21ke semua warga asing yang mengaku tidak bersalah.
01:24Sementara itu, dalam mahkamah sama,
01:27Li Jian, Lo Seng Huang, dan Chu Ju Hock
01:30turut dituduh membenarkan 17 imigran haram
01:33tinggal di premis sama.
01:36Ketiga-tiga tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah
01:39dan dibenarkan jaminan RM8,000 bagi setiap seorang.
01:43Sebutan semula kes ditetapkan 18 Januari 2027.
01:51Baratahia.

Recommended