Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Selangor bakal membangunkan model ekosistem ‘Universiti Air’ pertama di Malaysia menerusi kerjasama Air Selangor, Universiti Selangor dan STDC bagi memperkukuh pembangunan bakat, meningkatkan kemahiran tenaga kerja serta membangunkan kepakaran profesional dalam industri pengurusan air.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Selangor bakal membangunkan model ekosistem Universiti Air pertama di Malaysia
00:05bagi memperkukuh pembangunan bakat dan kemahiran tenaga kerja dalam industri pengurusan air.
00:11Menteri Besar Selangor Dato' Sri Amiruddin Syari berkata,
00:14inisiatif itu akan menggabungkan kepakaran industri, penyelidikan akademik dan latihan teknikal
00:19bagi melahirkan tenaga kerja yang lebih kompiten.
00:23Program ini adalah kita dapat memperkasakan ataupun memperkemaskan sumber tenaga manusia
00:30yang bertugas di Air Selangor dengan latihan-latihan mereka ataupun pengalaman mereka yang diiktiraf
00:35dengan persijilan. Ini secara tidak langsung akan memperkukuhkan kemahiran, keyakinan
00:41dan kemampuan sumber tenaga kerja di Air Selangor.
00:44Dan itu akhirnya akan melahirkan apa yang dipanggil sebagai Universiti Air
00:48ataupun kos pengurusan air di universiti dan institusi kita.
00:52Dan kalau ini berlaku, ia akan memberikan, kita akan menjadi painnya kepada pengurusan ini
00:58dan pentadbiran ini dan boleh menjadi referen kepada pengurusan air di Asia Tenggara, Asia maupun di peringkat dunia.
01:05Ini jangka panjangnya.
01:06Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Sija Profesional Teknologi
01:12Pengurusan Bekalan Air di Shah Alam pada Selasa.
01:16Modal berkenaan dibangunkan menerusi kerjasama strategik antara pengurusan Air Selangor Sendirian Berhad,
01:23Air Selangor, Universiti Selangor Unicel dan Selangor Technical Skills Development Center STDC.
01:30Pada Majlis Kerjasama Strategik itu, seramai 138 warga kerja Air Selangor
01:36menerima sija profesional teknologi pengurusan bekalan air.
01:40Kita ada lebih seribu sebenarnya di kalangan warga yang berurusan dengan STDC pula
01:46untuk mengiktiraf kemahiran yang ada di talangan mereka dan diberikan pesijilan kemahiran Malaysia ataupun SKM.
01:54Sijil profesional ini nilainya pastinya lebih tinggi sikit daripada SKM, daripada struktur pendidikan tinggi
02:01dan seterusnya dia boleh pula lepas ini kalau kita bangunkan modul nanti
02:06untuk melanjutkan di peringkat pengajian yang seterusnya seperti diploma
02:09ataupun di peringkat ijazah pertama sampai lah di peringkat PhD.
02:14Model itu memberi tumpuan kepada pembangunan bakat, pengukuhan kemahiran,
02:18selaras keperluan industri dan pembentukan tenaga kerja,
02:22masa depan melalui kurikulum berasaskan industri serta pensijilan kompetensi.
02:27Air Selangor kini membekalkan air terawat kepada lebih 9.62 juta pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya
02:36dengan operasi melibatkan 34 loji rawatan air di 10 wilayah.

Recommended