Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Industri Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan mengingatkan masyarakat supaya mendapatkan nasihat pihak berkuasa tempatan (PBT) sebelum membina rumah bagi memastikan kediaman dibina mengikut peraturan dan spesifikasi yang sesuai bagi elak berlaku kebakaran.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Masyarakat diingatkan supaya mendapatkan nasihat pihak perkuasa tempatan PBT sebelum membina rumah
00:06bagi memastikan kediaman dibina mengikut peraturan dan spesifikasi yang sesuai.
00:12Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Industri Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abubakar Titingan berkata
00:18pembinaan rumah terlalu rapat perlu dielakkan bagi mengurangkan bisiko jika berlaku kebakaran.
00:26Kita sebagai orang yang tinggal di mana-mana saja supaya menjadikan ini sebagai satu tauladan kepada kita
00:35untuk kita lebih berhati-hati lagi khususnya di dalam membina rumah supaya tidak dibina terlalu rapat
00:44tanpa terlalu dekat dan berhati-hati sekiranya ada penyambungan elektrik ataupun kita memasak air
00:52masak masak nasihat supaya kita lebih berhati-hati dan tidak cuai agar musibah kebakaran ini
01:00tidak lagi berlaku di masa-masa.
01:03Beliau berkata demikian ketika melawat mangsa kebakaran di Pusat Pemindahan Sementara PPS
01:09Kompleks Sukan Tawau pada Selasa.
01:12Dalam pada itu, Nizam turut menyampaikan sumbangan bagi pihak Ketua Menteri Sabah, Datuk Sri Haji Jinor
01:17menerusi Yayasan Kebajikan Sabah dan sumbangan tambahan daripada beliau sendiri kepada Ketua Isi Rumah yang terlibat.
01:25Jumaat lalu, sebanyak 16 rumah musnah dalam kebakaran di Taman Fukhwa, Doromat Saleh, Batu 2, Jalan Apas.
01:32Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, seramai 267 mangsa daripada 69 keluarga hilang tempat tinggal.

Recommended