Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Kerjasama strategik antara Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sabah menerusi projek Freshwater Lobster Production Green Aquaponic Perennial System (FLP-GAPS) membuka peluang ekonomi baharu kepada usahawan Bumiputera dalam sektor akuakultur bernilai tinggi.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerjasama strategik antara unit peneraju agenda Bumi Putera Teraju dan Universiti Teknologi Mara UITM Sabah menerusi projek Freshwater Lobster Production,
00:10Green Aquaponic Perennial System, FLP GAPS, membuka peluang ekonomi baharu kepada usahawan Bumi Putera dalam sektor aquakultur bernilai tinggi.
00:20Ketua Pegawai Eksekutif Teraju Junadi Nawawi berkata projek yang dilaksanakan menerusi dana pembangunan usahawan Bumi Putera atau DPUB Teraju itu
00:30menggabungkan teknologi aquakultur, pembangunan keusahawanan dan akses pasaran bagi membentuk ekosistem perniagaan yang lebih mampan.
00:42Menurutnya, FLP GAPS melibatkan 30 perserta Bumi Putera yang menerima pemindahan kepakaran, latihan teknikal serta penjedahan kepada pengurusan operasi dan
00:51keusahawanan dengan peruntukkan RM3.5 juta bagi tempoh Februari 2020 hingga Jun 2027.
00:59Tambah Junadi, projek FLP GAPS membuktikan bagaimana gabungan pembiayaan strategik, kepakaran penyelidikan dan pemindahan teknologi.
01:07Ia dilihat mampu meningkatkan keupayaan Bumi Putera serta memperluas manfaat kepada komuniti selaras dengan aspirasi Putera 35 untuk memperkukuh pernyataan,
01:18pemilikkan dan penguasaan ekonomi Bumi Putera.
01:22Junadi berkata kesan pelaksanaan projek itu turut melangkaui kumpulan berserta asal apabila pengetahuan dan pengalaman teknikal yang diperoleh mula diadaptasi
01:31oleh komuniti lain.
01:32Melalui pendekatan berasaskan ekosistem itu, teraju terus memperkukuh peranannya sebagai pemudah cara yang menghubungkan usahawan Bumi Putera dengan teknologi, institusi
01:43dan pasaran sekaligus membuka ruang kepada penyataan dalam aktiviti ekonomi bernilai tinggi dan berdaya tahan.

Recommended