Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Hujan lebat dikaitkan dengan El Nino menyebabkan aliran air di Air Terjun Iguazu meningkat mendadak, memaksa penutupan kawasan pelancongan di Argentina susulan kenaikan paras sungai.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Air terjun Iguazu yang terletak di sempadan Argentina dan Brazil mencatat aliran air luar biasa, susulan hujan lebat yang dikaitkan
00:08dengan fenomena El Nino.
00:11Pihak berkuasa tempatan merekodkan aliran air sebanyak 15 juta liter sesaat, kira-kira 10 kali ganda daripada kadar biasa iaitu
00:191.5 juta liter sesaat.
00:21Paras air sungai Iguazu dan sungai Parana turut meningkat susulan hujan yang berterusan.
00:28Keadaan itu menyebabkan kawasan air terjun Iguazu di bahagian Argentina ditutup kepada pengunjung sejak 12 Oktober lalu.
00:37Di Brazil pula, Taman Negara Berkenaan masih dibuka pada Khamis kecuali laluan perjalanan kaki.
00:42Tapak warisan dunia UNESCO itu mempunyai lebih 275 air terjun termasuk Garganta del Diablo yang mencapai ketinggian kira-kira 80
00:55meter.
00:56Terima kasih telah menonton!

Recommended