Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Laporan itu turut memaklumkan juruterbang didapati mempunyai lesen, kelayakan dan sijil perubatan yang sah.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Punca kemalangan helikopter BO-105 yang terhempas di Long Lelang, Ulu Baram, Sarawak yang mengorbankan 5 individu pada 8 September
00:08lalu masih dalam siasatan.
00:11Bagaimanapun, laporan awal nahas menyatakan Jabatan Meteorologi Malaysia, MAT Malaysia, menyimpulkan keadaan cuaca di kawasan berkenaan secara umum baik dengan
00:20jarak penglihatan melebihi 10 km.
00:23Laporan awal itu diterbitkan Biro Siasatan Kemalangan Udara, Kementerian Pengangkutan pada Jumaat.
00:31Laporan awal itu juga memaklumkan tiada ribut petir atau hujan ketara dikesan berhampiran lokasi kejadian dalam tempoh awal penerbangan yang
00:40dianalisis.
00:42Imej radar dan satelit menunjukkan tiada aktiviti ribut petir atau hujan yang ketara dalam lingkungan 20 batu nautika dari Stolport
00:49itu bagi tempoh antara 8 pagi hingga 3 petang waktu tempatan.
00:54Aktiviti awan perolakan sederhana dikesan di kawasan itu mulai kira-kira 4 petang waktu tempatan.
01:00Laporan itu turut memaklumkan juruterbang didapati mempunyai lesin, kelayakan dan sijil perubatan yang sah.
01:07Selain itu, helikopter mempunyai sijil pendaftaran dan sijil kelayakan udara yang sah serta berada dalam keadaan layak terbang ketika dilepaskan
01:15untuk operasi.
01:16Semua frekuensi komunikasi beroperasi seperti biasa.
01:20Namun, tiada panggilan kecemasan atau transmisi kecemasan daripada helikopter itu direkodkan sepanjang sektor penerbangan dari waktu berlepas sehingga kemalangan berlaku.
01:30Selain itu, laporan awal menyatakan semua mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan melecur teruk.
01:35Bagaimanapun, maklumat lanjut berhubung penemuan berdasiasan akan dimasukkan dalam laporan akhir.
01:39Mangsa yang maut ialah pegawai perubatan Dr Ainul Barra'ah Kamaruddin, juruterbang Kapten Zainul, penolong pegawai perubatan Aleksan Adid dan
01:49dua jururawat iaitu Debra Mossad serta Jesse Paya.

Recommended