00:00Tabung kewangan antarabangsa IMF mengunjurkan keluaran dalam negara kasar KDNK Malaysia berkembang sebanyak 5.2% pada 2026 dan 4
00:10.7% pada 2027 di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi serantau.
00:16Dalam tinjauan ekonomi serantau Asia dan Pasifik Oktober 2026, IMF mengetengahkan ekspor berkaitan teknologi dan pelaburan kukuh dalam pusat data
00:26sebagai penyumbang utama kepada pertumbuhan di rantau ini.
00:33Menurut laporan itu, Malaysia dan Singapura mencatatkan peningkatan ekspor sebagai negara yang menjalankan aktiviti pemasangan dan pembungkusan produk teknologi.
00:42Pelaburan kukuh dalam pusat data di China, India, Jepun, Indonesia dan Malaysia turut menyumbang kepada pertumbuhan.
00:51Pelaburan dalam pusat data itu telah meningkatkan permintaan yang lebih meluas terhadap barangan perantaraan daripada pembekal serantau termasuk Thailand dan
00:59Vietnam.
01:00Dari segi komposisi ekspor perikmatan, perikmatan modern menyumbang kira-kira 30% daripada keseluruhan ekspor perikmatan Malaysia pada 2023, manakala
01:11selebihnya terdiri daripada perikmatan tradisional.
01:13Di seluruh ASEAN, ekspor perikmatan yang terkandung dalam ekspor barangan menyumbang 17% manakala ekspor perikmatan yang disampaikan melalui kehadiran
01:23komersial menyumbang 30%.
01:27Bagaimanapun, IMF menyatakan bahawa sebahagian besar ekspor perikmatan di rantau ini masih tertumpu pada pasaran global berbanding pasaran serantau, khususnya
01:36perikmatan modern, secara purata hanya 14% daripada perikmatan modern diekspor ke negara-negara dalam rantau Asia Pasifik.
01:44Mengenai inflasi, laporan itu menyatakan bahawa kesan limpahan kenaikan harga tenaga terhadap inflasi keseluruhan dan inflasi teras kekal agak terkawal
01:55di kebanyakan ekonomi maju dan ekonomi pasaran sedang pesat membangun.