Skip to playerSkip to main content
  • 9 minutes ago
Malaysia perlu memberi tumpuan kepada pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi, pengukuhan vendor tempatan serta penyediaan prasarana mampan jika mahu muncul sebagai hab automotif serantau yang berdaya saing, kata penganalisis automotif Hezeri Samsuri.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pembangunan industri otomotif negara memerlukan ekosistem yang lebih kukuh dan mampan sekiranya Malaysia mahu muncul sebagai hub otomotif serantau yang
00:09berdaya saing.
00:10Penganalisis industri otomotif Hazari Samsuri berkata usaha itu perlu bermula dengan pengukuhan pembangunan modal insan menerusi institusi peridikan bagi memastikan
00:21tenaga kerja yang dilahirkan memenuhi keperluan industri otomotif masa hadapan.
00:27Menurut Hazari, institusi pendidikan perlu lebih selari dengan keperluan sektor berkenaan bagi memastikan tenaga kerja yang dilahirkan mempunyai kemahiran khusus
00:37terutama dalam bidang teknologi otomotif baharu dan kenderaan masa depan.
00:42Selain itu, katanya pembangunan vendor tempatan juga perlu diberi penekanan dengan memberi peluang kepada syarikat tempatan.
00:50Pembangunan vendor ni sebenarnya kita kena lihat sendiri. Kalau media bertanya, jawapan vendor-vendor akan sentiasa kata semuanya best sebabnya
00:58mereka tak nak sakitkan hati pelanggan-pelanggan mereka.
01:01Realitinya kita kena tengok balik. Dulu mereka ada 10 kontrak. Sekarang ni tinggal berapa?
01:07Adakah bila dia dah dapat satu kontrak daripada satu syarikat kereta, syarikat kereta itu akan kata, you tak boleh buat
01:14untuk benda lain juga.
01:15Nombor dua juga, mereka kena tengok juga adakah mereka setakat pasang sahaja ataupun mereka diberi penglibatan untuk menghasilkan teknologi baru.
01:24Yang itu memang sangat penting. Pembangunan vendor ni bukannya berapa banyak job yang dia dapat tetapi apakah teknologi yang boleh
01:30mereka bantu supaya at the end of the day mereka dapat hasilkan teknologi mereka sendiri.
01:35Pada masa sama, Haziri menegaskan pembangunan prasarana perlu bergerak seiring dengan pertumbuhan industri automotif.
01:44Peningkatan jumlah kenderaan tanpa perancangan infrastruktur yang mampan berisiko menambah kesesakan trafik serta memberi kesan kepada alam sekitar dan kualiti
01:53udara.
01:54Katanya, pengalaman beberapa bandar besar dunia yang berdepan pencemaran serius sebelum beralih kepada penggunaan kenderaan elektrik perlu dijadikan pengajaran supaya
02:04Malaysia tidak mengulangi kesilapan yang sama.
02:07Beliau menyatakan pandangan tersebut dalam program Pantau Belanjawan pada Jemaat membincangkan topik benarkah sektor automotif kurang diberi perhatian dalam Belanjawan
02:172027.

Recommended