Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Enam inovasi cip semikonduktor tempatan mempunyai potensi jualan gabungan kira-kira RM300 juta, sekali gus mencerminkan peluang komersial teknologi cip buatan Malaysia.
Transcript
00:00Enam inovasi cip semikonduktor tempatan mempunyai potensi jualan gabungan kira-kira RM300 juta
00:06sekaligus mencerminkan peluang komersial teknologi cip buatan Malaysia.
00:11Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mahmud Nasir berkata inovasi itu membuktikan
00:17keupayaan Malaysia membangunkan teknologi sendiri untuk pasaran global.
00:41Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Inovasi Semikonduktor Generasi Baharu
00:47Enam cip hasil inovasi tempatan sempat sidang kemuncak AI dan Semikonduktor Selangor 2026 di Kuala Lumpur pada Jumaat.
00:55Enam inovasi itu merangkumi pemprosesan kecerdasan buatan AI bagi peranti di pinggir rangkaian oleh SkyChip,
01:04penyelesaian setoran AI oleh MyStorage, cip FPGA tempatan oleh SiliconX,
01:11pengawal kuasa elektronik otomotif oleh Infinex, cip pengawal kuasa bagi satelit,
01:17oleh We Rock Space serta pengawal penerbangan drone autonomi oleh Alpha Swift.
01:23Akmal Nasrullah berkata tumpuan seterusnya adalah memastikan inovasi itu mendapat penerimaan pelanggan,
01:29memenuhi piawaian industri dan berjaya dikomersialkan bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.

Recommended