00:00Umat Islam perlu mengelak pembabitan dalam pembersihan rumah ibadat bukan Islam selain menjauhi ritual keagamaan bertentangan dengan hukum syarak.
00:09Mufti Pulau Pinang Prof. Madia Datuk Dr. Mohd Suki Osman berkata, penentuan hukum pembabitan orang Islam membersih kuil, gereja atau
00:17rumah ibadat agama lain perlu dibeza antara dua keadaan.
00:24Jelasnya keadaan itu jika ia mempunyai hubungan langsung dengan penyediaan, pemeliharaan atau pengendalian tempat dan peralatan khusus bagi pelasanaan ritual
00:32agama lain.
00:33Ia termasuk membersihkan patung sembahan, alta pemuja atau menyediakan ruang khusus bagi upacara penyembahan.
00:40Justru umat Islam dilarang terbabit dalam aktiviti gotong royong membersihkan kuil atau rumah ibadat agama lain apabila pekerjaan itu adalah
00:48bantuan langsung kepada penyelenggaraan tempat ibadat mereka.
00:51Bagaimanapun, Mohd Suki berkata larangan itu tidak menafikan tuntutan Islam membantu masyarakat bukan Islam dalam urusan kemanusiaan, kebajikan dan keselamatan.
01:01Ia termasuk kerja kebersihan umum yang tidak mempunyai hubungan langsung dengan ritual agama seperti membersih longkang awam, mengutip sampah di
01:09kawasan kejidanan, membantu mangsa banjir atau membersihkan laluan yang digunakan oleh masyarakat umum.
01:14Beliau mengulas hantaran video tular di media sosial yang memaparkan sekumpulan individu termasuk orang Islam bergotong royong mencuci rumah ibadat
01:22buka Islam di Georgetown.
01:23Menerusi perkongsian dalam satu hantaran di Facebook, aktiviti bergotong royong berkenaan dijalankan di bawah penganjuran Program Tanggungjawab Sosial Koperat CSR.
01:32Mohd Suki berkata memelihara akidah tidak bererti memusuhi penganut agama lain, malah Islam tidak mengajak umatnya menghina, memusuhi atau berlaku
01:41zalim terhadap penganut berkenaan.
01:42Terima kasih kerana menonton!