Skip to playerSkip to main content
  • 11 hours ago
Ketiadaan angka sebenar individu tanpa dokumen pengenalan diri menjadi cabaran kepada JPN dalam mengesan masyarakat yang tercicir daripada sistem pendaftaran negara.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Jabatan Pendaftaran Negara JPN mengakui ketiadaan data tepat individu tanpa dokumen pengenalan diri menjadi cabaran utama dalam usaha mengenalpasti masyarakat
00:10orang asli dan masyarakat asal yang masih tercicir daripada sistem pendaftaran negara.
00:15Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Badrul Hisham Alias, pihaknya hanya dapat mengenalpasti golongan berkenaan apabila mereka hadir mendapatkan perkhidmatan JPN.
00:26Tambahnya, isu tersebut bukan sahaja melibatkan masyarakat orang asli di Semenanjung, malah turut membabitkan masyarakat asal di Sabah dan Sarawak.
00:35Beliau berkata JPN tidak mempunyai angka sebenar berkenaan jumlah individu yang masih belum memiliki kad pengenalan atau sijil kelahiran.
00:43Sehubungan itu, JPN terus memperhebat program turun padang bagi memudahkan masyarakat pedalaman mendapatkan akses kepada perkhidmatan dokumentasi.
00:51Beliau berkata perkhidmatan yang ditawarkan termasuk permohonan MyCard kali pertama, penggantian kad pengenalan serta urusan sijil kelahiran dan sijil kematian.
01:02Dalam program literasi pendaftaran sepenuh sambutan Hari Pendaftaran Negara ke-78 di Posbala, lebih 30 kanak-kanak orang asli berusia
01:1012 tahun membuat permohonan MyCard kali pertama.
01:13Menurut Badrul Hisham, sambutan terhadap perkhidmatan dokumentasi melalui van bergerak JPN amat memberangsangkan dengan ramai penduduk setempat terus mengambil peluang
01:23menguruskan dokumen pengenalan mereka.
01:26Beliau berkata jumlah permohonan MyCard kali pertama itu dijangka terus meningkat.
01:30Perikutan ramai penduduk masih beratur untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut.
01:34Terima kasih kerana menonton!

Recommended