00:01Kementerian Kesihatan mengesyorkan penyerapan pegawai pergigian dan farmasi berstatus kontrak kejawatan tetap bagi pertimbangan Kementerian Kewangan dan Jemaah Menteri.
00:11Menurut Menterinya, Datuk Seri Dr. Zulkifli Ahmad, cadangan itu akan dilaksanakan menggunakan pendekatan yang sama seperti penyelesaian isu doktor perubatan
00:19kontrak sebelum ini.
00:22Beliau berkata langkah tersebut merupakan fasa seterusnya selepas pengumuman pelantikan tetap doktor perubatan.
00:28Menurut Zulkifli, pelantikan tetap bagi pegawai pergigian dan farmasi akan menggunakan kuota baru yang berasingan daripada 9,000 jawatan tetap
00:37doktor perubatan yang diumumkan menerusi Belanjawan 2027.
00:41Beliau berkata KKM memahami kebimbangan yang dibangkitkan oleh pegawai pergigian kontrak termasuk isu kontrak yang tamat tanpa pembaharuan.
00:49Sebelum ini, Persatuan Dokter Pergigian Malaysia MDA menggesa kerajaan mempertimbangkan pelantikan tetap bagi pegawai pergigian kontrak susulan pengumuman berkaitan doktor
00:59perubatan.
01:01Zulkifli menegaskan kementerian akan terus memberi perhatian terhadap kebajikan dan pengalaman kerja golongan berkenaan dalam sistem kesehatan awam negara.
01:09Terima kasih.