00:01Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan mengesahkan bahawa perjanjian pertahanan bersama Mekah yang dimeterai antara Turki, Arab Saudi dan Pakistan akan
00:10dibentangkan di Parlimen Negara itu untuk proses pengesahan dalam masa terdekat.
00:15Beliau berkata kerjasama pertahanan di bawah perjanjian tiga hal itu kini bergerak mengikut dua matlamat utama iaitu memperkukuh pertahanan bersama
00:23dan meningkatkan kerjasama keselamatan serantau.
00:29Menurut beliau, perjanjian tersebut menjadi platform penting bagi memperkukuh koordinasi keselamatan antara tiga negara Islam berpengaruh itu dalam menghadapi cabaran
00:38keselamatan serantau yang semakin kompleks.
00:41Dalam perkembangan sama, Erdogan turut mengutuk keras serangan yang dilancarkan kumpulan huti terhadap Arab Saudi. Beliau menyifatkan serangan tersebut sebagai
00:50tindakan yang tidak berperi kemanusiaan dan bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.
00:54Kenyataan itu dibuat ketika Arab Saudi terus berdepan serangan peluru berpandu dan drone daripada kumpulan huti yang berpangkalan di Yaman.
01:02Lapangan terbang antarabangsa King Khalid di Riyad dilaporkan akan terus ditutup sehingga 17 Oktober, sesudah beberapa siri serangan maut yang
01:10dikaitkan dengan kumpulan yang disokong Iran itu.
01:13Minggu lalu, Menteri Luar Turki Haqan Fidan maklumkan Ankara sedang menilai bentuk bantuan yang boleh diberikan kepada Arab Saudi
01:20bagi membantu menangani ancaman serangan huti dalam kerangka Perjanjian Pertahanan Mekah.
01:26Terima kasih telah menonton!