00:00Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan melakukan lawatan kerja selama lima hari ke Cina bermula Isnin.
00:06Langkah itu bagi memperkukuh hubungan dua hala khususnya dalam perdagangan, pelaburan, teknologi serta pendidikan dan latihan teknikal dan vocational TVET.
00:19Duta Malaysia ke Cina Datuk Nurman Mohamad berkata lawatan dari 12 hingga 16 Oktober itu merangkumi siri pertemuan dengan kepimpinan
00:26kerajaan Cina di Beijing
00:27sebelum Ahmad Zahid dijadual menghadiri Persidangan Pembangunan Pendidikan Teknikal dan Vocational Sedunia WVTEDC 2026 di Tianjin bermula 15 Oktober ini.
00:38Beliau berkata agenda di Beijing akan bermula dengan mesyuarat dua hala bersama dengan Timbalan Perdana Menteri Cina Ding Xuexiang.
00:46Ia diikuti pertemuan dengan Menteri Keselamatan Awam Wang Xiaohong serta beberapa siri perjumpaan dengan syarikat perdagangan bagi meneroka peluang kerjasama
00:54ekonomi.
00:55Norman berkata perbincangan juga dijangka menyusuli beberapa perkara hasil pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan rakan sejawatnya Li
01:03Qiang
01:03semasa lawatan kerja beliau ke negara itu pada 22 hingga 24 September lepas sekaligus memperkukuh perkongsian strategik komprehensif Malaysia-Cina.
01:13Selain itu, kedua-dua pihak juga dijangka bertukar-tukar pandangan mengenai komitmen bersama dalam memelihara keamanan dan kestabilan serantau
01:20melalui kerangka ASEAN-Cina serta menangani isu global yang menjadi kepentingan bersama.
01:26Beliau berkata pengurusi majlis TVAT negara itu dijangka menjadi wakil kerajaan asing pada peringkat tertinggi menghadiri persidangan berkenaan
01:33yang menghimpunkan 21 Menteri dan Timbalan Menteri dari negara lain serta penyertaan lebih 100 negara.
01:40Penyertaan Malaysia katanya membuka ruang kepada perkongsian amalan terbaik, kerjasama antara institusi pendidikan dan latihan
01:48serta pengukuhan hubungan antara industri kedua-dua negara.
01:51Terima kasih telah menonton!
Comments