Skip to playerSkip to main content
  • 13 hours ago
Dalam satu makluman, syarikat penerbangan itu memaklumkan pembatalan berkenaan melibatkan enam perkhidmatan penerbangan harian, iaitu FY3122 dan FY3123, FY3124 dan FY3125, FY3126 dan FY3127, FY3128 dan FY3129, FY3130 dan FY3131 serta FY3132 dan FY3133.
Transcript
00:00Syarikat penerbangan Firefly membatalkan semua penerbangan berjadual antara lapangan terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang dan lapangan terbang Seletar
00:10di Singapura dari 10 hingga 12 Oktober. Ia sebagai langkah berjaga-jaga demi keselamatan berikutan keadaan cuaca dan jerubu.
00:21Dalam satu makluman, syarikat penerbangan itu memaklumkan pembatalan berkenaan melibatkan enam perkhidmatan penerbangan harian.
00:30Menurut Firefly, penumpang terjejas akan dihubungi dan ditukar ke penerbangan Malaysia Airlines yang tersedia bagi laluan Kuala Lumpur, Singapura, tertakluk
00:40kepada kekosongan tempat duduk.
00:42Tambah makluman itu lagi, penumpang yang memilih untuk tidak meneruskan perjalanan menggunakan penerbangan gantian itu layak menerima bayaran balik penuh
00:51yang akan dikreditkan melalui kaedah pembayaran asal dalam tempoh 30 hari bekerja.
00:57Menurut syarikat itu, kemas kini lanjut mengenai jadual penerbangan akan dimaklumkan terus kepada pelanggan yang terjejas.

Recommended