00:00Peruntukkan RM935 juta bagi sektor pelancongan dan kebudayaan
00:05Menteri Belanjawat 2027 yang dibentangkan Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim
00:09disambut baik dan dijangka memberi impak positif kepada Sabah
00:14menjelang kempen Tahun Melawat Sabah tahun depan.
00:16Pembantu Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah,
00:20Dr. Andi Mat Syamsul Riza Muhammad Sainal berkata,
00:23langkah itu memberi dorongan kepada usaha menarik lebih ramai pelancong
00:27sekaligus membuka peluang pendapatan kepada masyarakat setempat.
00:33Ini merupakan satu ransangan yang baik terutamanya bagi negeri Sabah
00:38kerana Tahun Hadapan adalah Tahun Melawat Sabah
00:41dan kita harapkan peruntukan ini dapat digunakan sepenuhnya
00:46bagi menarik pelancong-pelancong datang ke Sabah
00:49dan Alhamdulillah misi kita pada tahun ini insyaAllah tercapai
00:53iaitu dengan 4 juta pelancong pelawat datang ke Sabah
00:56dan kita sedang on track dengan positif 4% macam itu.
01:01Jadi diharapkan dengan penambahan bajet ini
01:03sektor pelancongan akan lebih rancak di negeri Sabah
01:07dan seterusnya kemasukan pelancong juga rancak
01:11dan rakyat kita, masyarakat kita terutamanya
01:15syarikat-syarikat SME dapat merasai limpahan
01:19daripada kemasukan pelancong ini.
01:22Berhubung peningkatan had pembelian bebas cukai kepada RM10,000 di Labuan
01:27dengan syarat minimum penginapan 48 jam
01:31beliau berpandangan langkah itu mampu merancakkan ekonomi wilayah berkenaan
01:35sekaligus membawa limpahan manfaat kepada Sabah sebagai negeri jiran.
01:40Namun beliau yakin langkah itu tidak menjejaskan
01:43kemasukan pelancong ke Sabah secara ketara
01:45kerana negeri berkenaan memperi keunikan dan tarikan tersendiri.