00:00Semua urusan pentaksiran, peperiksaan dan penilaian akademik di Johor yang dijadualkan esok ditangguh susulan penutupan semua sekolah di negeri itu
00:08akibat jerebu.
00:09Jabatan Pendidikan Negeri Johor JPNJ memaklumkan antara yang terjejas ialah pelaksanaan metriks pembelajaran tahun 4 atau MPT4 serta pentaksiran kemasukan
00:20sekolah khusus atau PKSK.
00:25Menurut JPNJ, tarikh baharu bagi PKSK dan pentaksiran lain akan dimaklumkan kemudian oleh pihak berkuasa pendidikan negeri.
00:34Pihak sekolah dan pusat peperiksaan diarahkan memaklumkan perubahan jadual berkenaan kepada ibu bapa, penjaga serta calon yang terlibat.
00:43Sepanjang tempoh itu, sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah atau PDPR akan dilaksanakan bagi memastikan proses pembelajaran tidak terjejas.
00:53Guru dan kaki tangan sekolah pula dibenarkan bekerja dari rumah, manakala pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah
01:00akan bertugas seperti biasa.
01:03Kerajaan Johor mengumumkan lanjutan penutupan sekolah selama lima hari bermula esok hingga Jumaat.