Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
AWANI Borneo Ahad, 11 Oktober 2026 bersama Jasmine Abu Bakar

- Pedalaman Sabah, Sarawak tumpuan fasa kedua JENDELA 2

- Sabah perkasa program integrasi ternakan lembu

- Malaysia tunggu maklum balas Indonesia berhubung bantuan berkaitan jerebu

Category

🗞
News
Transcript
00:27Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
00:30Indonesia berhubung bantuan.
00:39Pelaksanaan FASA kedua Pelan Jalinan Digital Negara atau Jendela 2
00:44bakal tertumpu di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak
00:47yang melibatkan 2,000 lokasi dengan pelbagai penyelesaian teknologi terkini digunakan
00:52bagi memperluaskan capaian internet mengikut kesesuaian kawasan itu.
00:57Menteri Komunikasi Dato' Sri Fahmi Fadil berkata secara keseluruhannya
01:01Jendela 2 melibatkan 3,000 lokasi dengan populasi antara 20 hingga 30 orang
01:06hingga 200 hingga 300 orang yang memerlukan pendekatan berbeza
01:10bagi memastikan capaian internet dapat disediakan.
01:15Fahmi berkata kira-kira satu per tiga daripada keseluruhan lokasi di bawah Jendela 2
01:20akan melibatkan pembinaan menara telekomunikasi
01:23manakala selebihnya menggunakan pelbagai penyelesaian yang bersesuaian dengan keadaan setempat.
01:28Beliau berkata teknologi satelit Starlink antara pilihan yang boleh dimanfaatkan
01:32khususnya di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk rendah
01:35dan berdepan cabaran bentuk muka bumi serta litupan tumbuh-tumbuhan.
01:39Teknologi Starlink versi terbaru yang lebih kecil mudah dibawa
01:42dan menjimatkan penggunaan tenaga
01:44turut berpotensi membantu menyediakan capaian internet di kawasan yang sukar mendapat liputan.
01:49Dalam perbentangan belanjawan 2017 pada Jumaat,
01:53Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan
01:55kerajaan menerusi pelaburan RM5 bilion
01:57memperkukuh ketersambungan internet di seluruh negara
02:00menerusi projek Jendela 2 termasuk memperluas liputan 4G
02:04ke semua kampung orang asli pada tahun depan.
02:07Dalam pada itu, beliau berkata lebih 30 program PMK akan diadakan di seluruh negara
02:11bagi memperluas penyampaian maklumat
02:13mengenai inisiatif kerajaan termasuk manfaat belanjawan 2017 kepada rakyat.
02:21Kerajaan Sabah memperkasa program integrasi tenaga lembu di ladang sawit
02:26bagi membantu meningkatkan pendapatan peternak
02:28selain mengoptimumkan penggunaan kawasan peladangan.
02:32Menteri Pertanian Perikanan dan Industri Makanan Sabah,
02:34Datuk Jamawi Ja'Fab kata,
02:36penternak yang terpilih telah menjalani kursus di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterina
02:41bagi memastikan mereka bersedia menguruskan tenakan dengan baik.
02:44Dan mereka ini telah pun menjalani kursus-kursus yang dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterina
03:146 hingga 7 bulan, sekaligus membuka peluang mereka memperoleh hasil pembiakan dalam tempoh terdekat.
03:21Bagi memastikan tenakan dijaga dengan baik dan tidak dijual sewenang-wenangnya,
03:26kerajaan Sabah turut memperkenalkan mekanisme bon yang akan dilucutkan jika berlaku kecuaian
03:32atau penjualan tenakan dalam tempoh 3 tahun.
03:35Untuk rekod, Jabatan Perkhidmatan Veterina turut mendapatkan bekalan tenakan dari Australia.
03:42Ia merangkumi 780 ekor lembu pedaging termasuk 750 lembu betina dan 30 jantan
03:49selain 395 ekor lembu tenusu serta 800 ekor kambing.
03:55Keseluruhan program pembelian tenakan itu dianggarkan bernilai sekitar RM10 juta
04:00termasuk kos pengangkutan dan perbelanjaan berkaitan.
04:07Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Kuskop
04:10memperkasa kompetensi kontraktor Bumi Putra
04:13menerusi latihan teknikal secara langsung di lapangan
04:16bagi memastikan mereka berkemahiran, berdaya saing dan berkeupayaan
04:21memenuhi keperluan masyarakat.
04:23Timbalan Menterinya, Dato' Mohd Alamin berkata pendekatan itu dilaksanakan
04:27menerusi Pusat Hikmat Kontraktor atau PKK
04:30bagi memberi pendedahan praktikal kepada kontraktor khususnya grade G1.
04:38Jadi mudah-mudahan dengan adanya program ini kita akan lebih dekat dengan kontraktor
04:43Bumi Putra dan mereka juga akan lebih dekat dengan masyarakat
04:47supaya apabila mereka turun nanti bersama-sama dengan masyarakat mereka faham
04:51pertama berseru tanggungjawab seorang kontraktor Bumi Putra itu
04:55untuk membantu masyarakat kita menyelesaikan isu-isu rakyat.
04:59Menurutnya sehingga September lalu, sebanyak 582 program latihan seumpama itu
05:05dilaksanakan di seluruh negara, memanfaatkan lebih 4,000 kontraktor.
05:10Dalam pada itu, beliau berkata Kuskop turut membantu pendaftaran status Bumi Putra
05:15bagi 3,003 syarikat dengan lebih 1,300 daripadanya
05:19membabitkan kontraktor grade G1 dari Sabah.
05:23Beliau berkata demikian selepas program jualan madani Kuskop
05:26sempena lawatan kerjanya ke Bin Suluk membakut.
05:33Peluasan pelepasan cukai individu bagi perbelanjaan penjagaan
05:37selepas bersalin serta pusat jagaan ibu bapa dan datuk nenek
05:41adalah antara inisiatif Belanjawan 2027 yang dilihat memberi ruang
05:45kepada ketua isi rumah dalam mengurus komitmen kewangan penjagaan ahli keluarga.
05:49Sambil menyambut baik Belanjawan 2027,
05:52pengurusi Biro Kesihatan Parti Gagasan Rakyat Sabah Gagasan Rakyat,
05:55Dr. Davina Markus berkata inisiatif itu mencerminkan
05:58perhatian terhadap keperluan rakyat bukan sahaja dari aspek
06:02kesihatan malah kesejahteraan keluarga.
06:06Langkah itu memberi ruang kepada ketua isi rumah mengurus
06:09komitmen kewangan khususnya dalam memenuhi keperluan penjagaan
06:13ahli keluarga.
06:15Inisiatif berkenaan mencerminkan perhatian terhadap
06:18keperluan rakyat bukan sahaja dari aspek kesihatan
06:21malah kesejahteraan keluarga.
06:23Tambahnya kenaikan lawan petugas perkhidmatan kesihatan udara
06:27daripada RM30 kepada RM100 yang disifatkannya penting
06:31dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan kesihatan
06:34kepada penduduk di pedalaman Sabah.
06:37Perkhidmatan itu amat diperlukan bagi membantu penduduk
06:40di kawasan terpencil mendapatkan akses rawatan kesihatan.
06:44Beliau turut menegaskan kepentingan saringan kesihatan awal
06:48bagi mengesan penyakit seperti diabetes dan darah tinggi
06:51sebelum keadaan menjadi lebih serius.
06:54Mengulas mengenai inisiatif tawaran jawatan tetap kepada
06:58lebih 4,000 doktor kontrak tahun ini,
07:01manakala lebih 9,000 lagi dijangka menerima tawaran tahun depan,
07:05Dr. Davina berkata,
07:07langkah mengekalkan lebih ramai doktor dalam perkhidmatan awam
07:10bukan sahaja memberi kelegaan kepada petugas kesihatan,
07:14tetapi berpotensi membantu mempercepat rawatan,
07:17mengurangkan kesesakan hospital dan menambah baik kemudahan WAD.
07:22Beliau berharap semua inisiatif yang diumumkan dapat dilaksanakan
07:26dengan berkesan supaya manfaat benar-benar dirasai rakyat
07:30termasuk komuniti yang tinggal di pedalaman Sabah.
07:36Sabah dan Sarawak bakal menerima pelbagai manfaat
07:39munisi Belanjawan 2027 yang baru saja dibentangkan
07:43meliputi peluang tajaan pendidikan
07:44naik taraf sekolah daif, bantuan kebajikan,
07:48kemudahan pengajian tinggi serta latihan kemahiran
07:50dan juga akses teknologi digital
07:52bagi memperkukuh pembangunan modal insan di kedua-dua negeri.
07:56Menteri Pendidikan Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah
07:59Dato' James Ratip memaklumkan
08:00ini sekaligus akan menyediakan persekitaran pembelajaran
08:03yang lebih selesa dan kondusif
08:05terutamanya di kawasan luar bandar Sabah.
08:09Saya yakin dan percaya bahawa
08:12Kementerian Pendidikan akan menambah
08:14peruntukan untuk penyelenggaan sekolah-sekolah luar bandar ini
08:18saya dipahamkan kalau tahun lalu
08:20lebih kurang 200 juta setahun
08:23maka insyaAllah dengan penambahan tersebut
08:26Sabah akan mendapat lebih
08:27daripada negeri-negeri lain.
08:30Mungkin saya dipahamkan lebih kurang 400 hingga 500 juta
08:32untuk penyelenggaan sekolah
08:34daif di, bangunan-bangunan daif di sekolah
08:37di negeri Sabah ini.
08:38Mengulai selanjut, beliau menyifatkan
08:41Belanjawan 2027 juga sebagai Belanjawan Mesra Rakyat
08:46yang mengambil kira keperluan pelbagai golongan
08:49termasuk melalui peningkatan bantuan SARA dan STR.
09:16Beliau berkata demikian ketika mewakili Ketua Menteri Sabah
09:20Datuk Seri Haji Jenur merasmikan
09:22Dewan Pusat Kegiatan Murid Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan
09:26SMJK Tionghoa sandakan pada Sabtu.
09:35Peruntukkan RM935 juta bagi sektor pelancongan dan kebudayaan
09:40Melanjawan 2027 yang dibentangkan
09:42Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
09:44disambut baik dan dijangka memberi impak positif kepada Sabah
09:48menjelang kempen Tahun Melawat Sabah tahun depan.
09:51Pembantu Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah
09:54Dr. Andi Mat Syamsul Riza Muhammad Sainal berkata
09:58langkah itu memberi dorongan kepada usaha menarik lebih ramai pelancong
10:02sekaligus membuka peluang pendapatan kepada masyarakat setempat.
10:07Ini merupakan satu ransangan yang baik terutamanya bagi negeri Sabah
10:13kerana tahun hadapan adalah Tahun Melawat Sabah
10:16dan kita harapkan peruntukan ini dapat digunakan sepenuhnya
10:20bagi menarik pelancong-pelancong datang ke Sabah
10:23dan Alhamdulillah misi kita pada tahun ini insyaAllah tercapai
10:28iaitu dengan 4 juta pelancong pelawat datang ke Sabah
10:31dan kita sedang on track dengan positif 4% macam itu.
10:36Jadi diharapkan dengan penambahan bajet ini
10:38sektor pelancongan akan lebih rancak di negeri Sabah
10:42dan seterusnya kemasukan pelancong juga rancak
10:45dan rakyat kita, masyarakat kita terutamanya syarikat-syarikat SME
10:52dapat merasai limpahan daripada kemasukan pelancong ini.
10:58Berhubung peningkatan had pembelian bebas cukai
11:00kepada RM10,000 di Labuan dengan syarat minimum
11:03penginapan 48 jam
11:06beliau berpandangan langkah itu mampu merancakkan
11:09ekonomi wilayah berkenaan
11:10sekaligus membawa limpahan manfaat kepada Sabah
11:13sebagai negeri jiran.
11:15Namun beliau yakin langkah itu tidak menjejaskan
11:18kemasukan pelancong ke Sabah secara ketara
11:20kerana negeri berkenaan mempunyai keunikan dan tarikan tersendiri.
11:31selamat menikmati.
11:36Terima kasih telah menonton!
11:44Terima kasih telah menonton!
12:17Malaysia masih lagi menunggu malu balas Indonesia
12:20berhubung tawaran bantuan memadamkan kebakaran hutan dan tanah
12:24di Sumatera dan Kalimantan
12:26yang telah menyebabkan jerebu rentas sepadan.
12:29Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
12:31berkata tawaran untuk menghantar sebuah pesawat
12:34tiga helikopter dan 55 anggota itu
12:37diberikan ketika bertemu Presiden Prabowo Subianto
12:41dan juga Wakil Presiden Gibran Rakabuming Raka di Jakarta baru-baru ini.
12:48Tidak ada perbalahan, tidak ada perbalahan.
12:52Sebagai mana yang saya buat dalam intro ucapan saya tadi
12:54saya sendiri jumpa dengan Wakil Presi Gibran
12:58dan juga Presiden Prabowo menawarkan
13:03tetapi NADMA dan Kementerian Luar telah
13:07menulis surat kepada rakan-rakan sejawat masing-masing
13:11tetapi sebelum ini belum ada jawapan.
13:13dan kita bersangka baik
13:15yang mungkin mereka tidak memerlukan bantuan kita
13:18saya kata saya bersangka baik
13:20Huf Nuzon
13:23Mengulas mengenai kemungkinan
13:25tindakan undang-undang terhadap isu jerebu
13:27Ahmad Zahid berkata
13:29perkara itu diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara
13:32untuk membuat penilaian jika perlu.
13:35Bagaimanapun ujarnya berdasarkan kepada semangat ASEAN
13:38adalah lebih baik diadakan koordinasi bagi mengelakkan perkara tersebut
13:43kerana mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.
13:48Terima kasih kerana menonton!
14:14Terima kasih kerana menonton!
14:16Terima kasih kerana menonton!
14:18Terima kasih kerana menonton!
14:23Terima kasih kerana menonton!
14:24Terima kasih kerana menonton!
14:25Terima kasih kerana menonton!
14:25Terima kasih kerana menonton!
14:25Terima kasih kerana menonton!
14:25Terima kasih kerana menonton!
14:26Terima kasih kerana menonton!
14:26Terima kasih kerana menonton!

Recommended