Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu pada Ahad sahkan perceraian secara taklik membabitkan jururawat selepas suaminya melanggar lafaz taklik dengan menikam wanita itu enam kali di badan dan leher pada 5 Oktober lalu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baru pada Ahad sahkan perceraian secara taklik membabitkan jururawat selepas suaminya melanggar lafaz taklik dengan menikam
00:09wanita itu enam kali di badan dan leher pada 5 Oktober lalu.
00:13Hakim Muhammad Anwan E.B. Muttalib membuat keputusan itu selepas mendengar pengakuan lelaki berusia 47 tahun berkenaan dalam proseding yang
00:23berlangsung kira-kira sejam.
00:28Mahkamah mendapati defendant melanggar Seksyen 50 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kelantan 2022 yang memperuntukkan penceraian melalui taklik atau janji
00:38bersyarat yang dibuat ketika perkahwinan.
00:40Hakim Muhammad Anwan berkata keputusan itu dibuat berdasarkan perbuatan suami yang menyebabkan kesedaran fizikal terhadap isterinya sekaligus melanggar syarat yang
00:49ditetapkan ketika perkahwinan mereka.
00:52Menurutnya, plaintiff kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II.
00:57Plaintiff berusia 44 tahun yang bekerja sebagai jururawat memfaikan permohonan penceraian pada 21 September lalu.
01:05Terdahulu, lelaki yang masih dalam tahanan reman itu tiba di mahkamah jam 8.45 pagi.
01:11Dia direman polis sejak 6 Oktober bagi membantu siasatan berhubung kejadian menikam isterinya di rumah mereka di kampung Padang Lepai.
01:19Media sebelum ini melaporkan seorang jururawat parah selepas ditikam suaminya sebanyak 6 kali di rumah mereka di Ketereh, Kota Baru,
01:27Kelantan.

Recommended