Skip to playerSkip to main content
  • 13 minutes ago
Ikuti kupasan oleh Luqman Hariz mengenai situasi jerebu di Malaysia.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seperti biasa seperti yang kita sudah lalui sejak seminggu atau dua yang lepas
00:04jerebu masih lagi membelenggu sebahagian besar negara kita
00:07dengan fenomena cuaca itu kembali melanda negara dengan lebih serius
00:10mungkin sejak dua atau tiga hari yang lepas
00:13selepas satu tempoh yang sedikit surut seketika
00:16jadi mungkin barangkali selain daripada rakyat Malaysia
00:18di luar sana ibu bapa juga sekarang ini memberi perhatian kepada pengumuman-pengumuman oleh kerajaan
00:23khasnya Kementerian Pendidikan Malaysia berkenaan dengan status penutupan sekolah
00:28seperti yang kita sedia maklum beberapa negeri
00:30ataupun semua negeri dan wilayah di negara kita ini terbahagi kepada Zon A dan juga Zon B
00:35hari persekolahan yang berbeza ada yang bermula hari Ahad
00:38ada yang bermula pada hari Isnin
00:39dan khasnya mereka yang tinggal dan menetap di negeri-negeri Zon B
00:44persekolahan sepatutnya akan bermula esok
00:47melainkan kalau diberikan makluman bahawa penutupan akan diteruskan
00:51itu kita akan menanti pengumuman bagi setiap negeri
00:56daripada Kementerian Pendidikan ataupun Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing
00:59setakat ini kita sudah dapat pengesahan berkenaan dengan beberapa negeri
01:01dan kita akan kongsikan dengan anda
01:03tapi sebelum itu terlebih dahulu
01:04setiap biasa kita kembali kepada set touch screen
01:07atau screen sesentuh Astro Awan ini
01:09untuk kita melihat gambaran besar dan juga status terkini
01:11kualiti udara di negara kita
01:13malah ia sedang dimuat turun semula
01:17refresh seperti yang kita sedia maklum
01:19dia akan dimuat turun setiap jam
01:21sekarang jam sudah bertit pukul 3
01:22tetapi ini yang terkini setakat beberapa minit yang lepas
01:25dan kita tidak jangkakan sebarang perubahan
01:27di mana kita sekarang adalah
01:28di sebahagian besar kawasan di Semenanjung
01:31nampaknya IPU ataupun kualiti udara
01:34indeks pencemaran udara
01:35sudah bertambah baik dan kekal baik khasnya di pantai barat
01:39dan di kawasan utara
01:41sedikit keseriusan di sini
01:43iaitu tahap IPU berada pada tahap tidak sihat
01:45kuning di situ
01:46untuk beberapa kawasan di pantai timur
01:49di Terengganu, di Kelantan dan juga di Kuantan
01:52dan sudah tentu seperti yang kita sedia maklum
01:54yang mendapat impak yang paling besar
01:56untuk gelombang kedua jerebu ini adalah
01:58kawasan selatan negara
01:59khasnya di Johor yang rata-ratanya
02:02masih lagi mencatatkan IPU
02:04dalam zon kuning iaitu tidak sihat
02:06melebihi 100 hingga 158
02:08dan juga 178 di sini
02:10di sekitar mungkin Johor Baru
02:11ataupun Sekudai di sini
02:12seperti yang kita sedia nampak di sini
02:14keseluruhan kawasan
02:15stesen-stesen pengesanan kualiti udara
02:18di Borneo, di Sabah dan Sarawak
02:20berada pada tahap yang baik
02:21hijau sebenarnya adalah tahap yang sederhana
02:24biru adalah tahap yang baik
02:25tapi bawah 100 masih lagi tahap
02:27yang dianggap tahap yang agak sihat
02:29untuk aktiviti seharian diteruskan

Recommended