Skip to playerSkip to main content
  • 15 minutes ago
Ikuti kupasan oleh Luqman Hariz mengenai status penutupan sekolah di Malaysia.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik, jadi di mana kita sekarang, kita sudah dapat pengesahan terbaru daripada beberapa negeri dan juga wilayah berkenaan dengan sama
00:05ada sekolah di negeri atau wilayah itu akan dibuka semula bermula esok Isnin.
00:10Apa yang kita tahu setakat ini, sekolah yang buka adalah sekolah di negeri tersebut, negeri-negeri berikut maksud saya.
00:18Kedah, sekolah dibuka. Kelantan dan Terengganu, sekolah dibuka. Ini adalah negeri-negeri yang ke atas ataupun ke utara yang kurang
00:26terjejas dengan jerebu, perlis salah satu daripadanya, dibuka.
00:29Pulau Pinang masih lagi dibuka, tiada penutupan. Dan Sabah dan juga Sarawak, seperti yang kita saksikan sebentar tadi, IPU di
00:37Sabah dan Sarawak keseluruhannya berada pada tahap hijau atau sederhana yang dikira sihat untuk sekolah terus dibuka tanpa ditutup.
00:44Apa yang pengesahan yang kita peroleh beberapa minit lepas adalah Melaka yang sebelum ini ditutup, dibuka semula sekolahnya esok berikutan
00:53IPU yang sudah kembali ke tahap yang dianggap memadai untuk sekolah dibuka semula.
00:59Melaka, salah satu negeri di dalam zon B yang sebelum ini ditutup sepanjang minggu ini sehingga Jumaat akan dibuka semula
01:05esok.
01:06Begitu juga Perak, sekolah akan buka esok sebelum ini bukan keseluruhan Perak sekolahnya ditutup, hanya dalam beberapa daerah termasuk Kintar
01:13Utara atau Kintar Selatan di kawasan tengahan iaitu di Ibu Negeri IPU dan juga Kuala Kangsa.
01:18Jadi esok sah semua daerah di Perak sekolahnya akan dibuka. Begitu juga dengan Kuala Lumpur di sini.
01:26Kuala Lumpur di sini ada sedikit bintang esri kerana kenyataan oleh Jabatan Pendidikan Negeri dan juga Kementerian Pendidikan.
01:32So tadi mengesahkan bahawa semua sekolah akan dibuka semula kecuali di PPD Bangsa dan juga Pudu dan Putrajaya juga adalah
01:42wilayah yang sekolahnya tidak ditutup.
01:46Apa pengesahan yang kita terima untuk negeri-negeri lain khasnya di Selatan?
01:50Johor sudah mengesahkan bahawa sekolah di negeri tersebut akan ditutup untuk seminggu lagi sehingga 16 Oktober.
02:00Dan masih lagi ada beberapa negeri yang masih lagi belum tentu. Antara yang terbesarnya adalah Selangor.
02:05Masih lagi belum dapat pengesahan setakat ini jam 3 ataupun 3.10 ini sama ada sekolah akan mula dibuka bermula
02:12esok.
02:13Kuala Lumpur sudah dibuka. Negeri Sembilan juga masih lagi belum tentu sama ada akan dibuka esok ataupun tidak.
02:19Dan juga Pahang. Sebelum ini Pahang dibuka tetapi hanya dirompin sahaja ditutup.
02:25Jadi belum lagi dapat pengesahan yang jelas dan penuh sama ada semua sekolah akan kembali dibuka esok.
02:31Bagi sekolah di Zon B iaitu semua negeri kecuali Kedah, Kelantan dan Terengganu yang kita sedia maklum.
02:37Hari persekolahan bermula pada hari Isnin.
02:40Justru mengikut kenyataan Kementerian Perjadikan semalam untuk seminggu yang akan datang.
02:45Kementerian Perjadikan akan memberitahu status penutupan atau pembukaan semula sekolah pada hari Ahad 2.45 petang.
02:53Ya.
02:53Manakala di Zon A iaitu Kedah, Kelantan dan juga Terengganu yang membuka sekolah ataupun persekolahan bermula pada hari Ahad.
03:00akan diberitahu pada jam 2.45 petang Sabtu hari sebelumnya.
03:05Manakala jika IPU memburuk pada hari-hari lain sebagai contoh di pertengahan minggu pada hari Selasa, Rabu atau Kamis.
03:13Itu akan diberitahu pada hari sebelumnya 5.45 petang.
03:18Jadi, nampaknya kita baru menerima satu kemas kini iaitu untuk Negeri Sembilan.
03:26Negeri Sembilan sah sekolahnya akan dibuka juga esok.
03:31Jadi, kita sudah ada beberapa negeri yang memang sah akan dibuka semula sekolahnya secara keseluruhan, secara total esok.
03:37Kecuali berapa di sini?
03:38Mungkin tiga.
03:40Khasnya Selangor iaitu salah satu negeri yang paling padat sekali.
03:43Saya yakin ramai ibu bapa di Selangor yang menonton di luar sana masih lagi menanti.
03:46setakat jam 3.10 petang, sama ada anak-anak mereka boleh kembali ke sekolah esok
03:50untuk menyusun perancangan dan sebagainya untuk ibu bapa yang bekerja.
03:54Sama ada mereka boleh meneruskan secara status quo ataupun secara normal dan anak-anak boleh kembali.
04:00Kita akan berikan kepada anda yang terkini di semua platform media sosial dan juga digital kami dan juga di astroawani
04:05.com
04:05serta saluran 501 ini.
04:07Sama ada di Selangor akan dibuka.
04:09Di Pahang akan dibuka secara total.
04:11Sebelum ini Pahang kebanyakannya dibuka kecuali di daerah Rompin.
04:15Jadi itu juga tanda soal di sini.
04:17Tetapi yang utama sekarang ini adalah Selangor.
04:19Sama ada Selangor akan membuka semula sekolahnya esok.
04:23Dan ini juga mungkin menimbulkan sedikit perdebatan sama ada.
04:27Cukup masa diberikan kepada ibu bapa untuk menyusun perancangan mereka
04:32apabila ataupun sebelum mendapat pengesahan sama ada mereka boleh atau tidak
04:36menghantar anak mereka ke sekolah pada keesokan harinya.
04:39Setakat ini kita mendapat pengesahan bahawa akan diumumkan pada hari sebelum
04:44dan barangkali agak mencabar untuk ibu bapa yang bekerja mungkin sedikit jauh dari rumah,
04:49di ibu kota dan sebagainya untuk menyusun perancangan mereka pada saat-saat akhir
04:52atau pada last minute.
04:54Dan satu lagi pengesahan yang kita terima setakat ini
04:57Pahang juga akan membuka semua sekolahnya bermula esok Isnin.
05:03Pahang salah satu negeri yang berada di zon B iaitu zon yang sudah tentu hari bersekolahan bermula esok hari Isnin.
05:10Jadi sekarang ini tanda soal yang terbesar dan satu-satunya tanda soal sebenarnya adalah Selangor.
05:14Sama ada sekolah akan dibuka semula secara sepenuhnya
05:17ataupun mungkin di sesetengah kawasan sahaja.
05:19Kalau kita lihat sebentar tadi di Selangor, kalau saya boleh kongsikan di sini dengan anda,
05:23di Selangor kita lihat kebanyakan kawasan IPU-nya sudah bertambah baik,
05:32sudah hijau ataupun berada pada tahap sederhana.
05:35Kalau kita lihat di sini, di Selangor mencatatkan IPU yang sudah pun berada pada tahap yang agak memuaskan.
05:44Di Kuala Lumpur, seperti yang kita kongsikan tadi, di Bangsa dan Pudu kekal ditutup
05:48tapi di semua pilih lain dibuka.
05:50Di Selangor di sini, saya kira hanya satu sahaja yang masih lagi mencatatkan IPU yang tidak sihat.
05:56Ini di Kuala Lumpur sebenarnya.
05:57Jadi di Selangor, semuanya hijau, semuanya di bawah 100.
06:00Ada kemungkinan besar bahawa semua sekolah ataupun kebanyakan sekolah di kebanyakan kawasan
06:05akan dibuka semula di Selangor.
06:07Tapi apapun, kita tidak mahu berspekulasi.
06:09Kita menanti pengesahan rasmi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia
06:12dan itu satu-satunya negeri yang masih lagi menjadi tanda tanya yang besar.
06:17Dan mungkin di sini boleh kita mengambil ruang selain daripada kita menggesa KPM.
06:20untuk memberikan notis yang lebih awal seperti yang KPM sudah pun terangkan.
06:25Ia akan memberikan notis seawal yang mungkin.
06:28Juga mungkin kepada syarikat-syarikat dan sektor swasta di luar sana
06:31untuk memberikan sedikit keanjalan atau fleksibiliti kepada ibu bapa
06:36yang punya anak yang bersekolah
06:37untuk memberikan mungkin pengaturan ataupun mungkin memberikan kelonggaran
06:41dan sekiranya mereka terpaksa membuat perubahan perancangan pada saat-saat akhir
06:46mungkin menggalakkan lebih banyak ataupun lebih ramai pekerja boleh bekerja di rumah dan sebagainya
06:50sekiranya mereka mendapat sebarang notis pada saat akhir sama ada sekolah anak mereka perlu ditutup
06:55dan mungkin mereka perlu kekal di rumah untuk menjaga anak-anak mereka
06:59dan bukan sahaja berada bersama anak-anak mereka tetapi untuk memantau proses PDPR.
07:04tetapi apapun kita akan terus berikan kepada anda kemas kini yang terbaru di semua platform digital dan media sosial kami
07:09sekarang ini selangor kita akan pantau sama ada sekolah akan kembali dibuka esok
07:14ramai ibu bapa di luar sana yang ingin tahu sekarang semuanya anda rupati di Astro Awan ini.

Recommended