00:00Sebanyak 80,000 hingga 90,000 percubaan serangan saiber dikesan dan ditangkis oleh Suruhanjaya Percegahan Rasuah Malaysia SPRM setiap hari
00:09untuk melindungi pangkalan data serta maklumat yang dikendalikan oleh agensi penguatkuasaan itu.
00:15Karena bahagian pengurusan rekod dan maklumat SPRM, Zuhairi Abu Bakar berkata, maklumat yang dikendalikan Suruhanjaya itu mempunyai nilai tinggi dan
00:23sentiasa terdedah kepada pelbagai bentuk ancaman digital.
00:30Menurut Zuhairi, ancaman keselamatan maklumat bukan sahaja melibatkan serangan saiber, malah turut merangkumi percubaan mendapatkan akses tanpa kebenaran dan kecurian
00:40data.
00:41Sehubungan dengan itu, bahagian pengurusan rekod dan maklumat BPRM melaksanakan pendekatan pertahanan berlapis melalui pelbagai mekanisme keselamatan bagi melindungi pangkalan
00:52data serta maklumat SPRM.
00:54Beliau menjelaskan pendekatan pertahanan berlapis dilaksanakan melalui pelbagai mekanisme seperti pengesahan pelbagai faktor, sistem keselamatan rangkaian seperti firewall, pemantauan sistem
01:07secara masa nyata, penyulitan data dan ujian tahap keselamatan sistem aplikasi secara berkala, serta pengujian sebelum sesuatu aplikasi diluluskan untuk
01:17digunakan.
01:18Zuhairi menjelaskan kebocoran maklumat boleh menjejaskan kerahsiaan sesuatu operasi dan dalam keadaan tertentu berpotensi mengancam keselamatan saksi serta memberi amaran
01:29kepada pihak yang sedang disiasat.
01:31Menurutnya, pendedahan maklumat sebelum waktunya juga boleh memberi peluang kepada pihak tertentu menghapuskan dokumen, mengubah jejak transaksi atau mempengaruhi individu
01:41yang berkaitan dengan siasatan.
01:42Tambahnya, penyembaran maklumat berkaitan sesuatu kes secara meluas turut berpotensi, menedahkan saksi kepada tekanan atau pengaruh, sekaligus menyukarkan proses pengumpulan
01:53bukti dan mendapatkan keterangan.