Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
JKR akan memanjangkan operasi lampu jalan sehingga dua jam ketika jerebu bagi meningkatkan jarak penglihatan dan keselamatan jalan raya susulan keadaan cuaca yang menjejaskan pemanduan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Jabatan Kerja Raya JKR akan melanjutkan tempoh operasi lampu jalan milik jabatan itu hingga 2 jam ketika jerebu bagi membantu
00:08meningkatkan jarak penglihatan pengguna jalan raya.
00:10Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslah berkata, langkah menerusi cawangan kejuruteraan elektrik itu dibuat sesuai keadaan jerebu yang
00:18menyebabkan jarak penglihatan terbatas dan berisiko mengundang kemalangan.
00:24Beliau berkata lampu jalan yang menggunakan sistem pemasar ketika ini kebiasaannya beroperasi dari 7 malam hingga 7 pagi.
00:31Ahmad turut menasihatkan pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati dan memastikan jarak penglihatan selamat ketika memandu dalam keadaan jerebu.
00:39Khamis lepas, 3 adik-beradik berusia 8 hingga 18 tahun maut selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di
00:47jalan parit Haji Siraj,
00:48kayu ara pasong dalam keadaan cuaca berjerubu dan jarak penglihatan terhad.
00:52Ketika kejadian, kira-kira 7.20 pagi itu, abang mereka yang berusia 18 tahun membawa dua adiknya berusia 11 dan
00:598 tahun ke sekolah dengan motosikal
01:01bagi menunjukkan bahawa sekolah ditutup pada hari berkenaan susulan kemerosotan kualiti udara.
01:07Motosikal itu dalam perjalanan dari arah jalan parit Haji Omar menghala ke kayu ara pasong sebelum dipercayai bertembung dengan sebuah
01:14lori dari arah bertentangan.
01:15Dua adiknya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala abang mereka meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pontian.
01:23Penutupan semua sekolah di Johor melibatkan lebih seribu sekolah dan kira-kira 600 ribu pelajar.

Recommended