Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Washington sedang menilai kemungkinan menyertai tindakan bersama Arab Saudi susulan serangan ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh yang mengganggu operasi dan mencetuskan kebimbangan keselamatan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Amerika Syarikat mungkin menyertai serangan Arab Saudi terhadap kumpulan Houthi di Yemen, susulan serangan ke atas lapangan terbang antarabangsa King
00:06Khaled di Riyadh.
00:08Menurut Presiden Donald Trump, keputusan itu masih dalam pertimbangan Washington selepas beliau dimaklumkan mengenai serangan terbaru berkenaan.
00:15Ujarnya, pihaknya akan menilai situasi tersebut dan akan bergerak pantas dalam membuat keputusan.
00:20Menurut pihak berkuasa arm penerbangan awam Arab Saudi, serangan itu menyebabkan operasi di lapangan terbang antarabangsa King Khaled digantung sementara
00:28dengan beberapa individu dilaporkan cedera.
00:31Dalam kenyataannya, pihak berkuasa berkenaan memaklumkan serangan berlaku pada petang Sabtu namun jumlah sebenar mangsa yang cedera masih dalam siasatan.
00:39Kedutaan Amerika dan United Kingdom di Arab Saudi turut menasihatkan rakyat masing-masing supaya menjauhi lapangan terbang berkenaan susulan serangan
00:46tersebut
00:47selain memberi amaran mengenai risiko keselamatan serta kemungkinan gangguan perjalanan.

Recommended