Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mendakwa Rusia bersetuju membekalkan 300,000 tan metrik diesel ke pasaran AS dan global, ketika harga bahan api itu menghampiri paras rekod tertinggi.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mendakwa Rusia bersetuju membekalkan lebih 300 ribu ton metrik diesel ke pasaran Amerika dan global
00:08dalam usaha menambah bekalan serta meredakan tekanan harga bahan api.
00:12Trump menerusi media sosial memaklumkan persetujuan itu dicapai dalam perbincangan bersama Presiden Rusia Vladimir Putin.
00:19Jumlah bekalan berkenaan dianggarkan bersamaan kira-kira 2.25 juta ton diesel.
00:28Susulan pengumuman itu, pentadbiran Trump turut melonggarkan secara sementara sekatan Amerika terhadap bahan api Rusia yang sebelum ini bertujuan menyekat
00:37pendapatan Moskow susulan perang di Ukraine.
00:41Harga diesel yang digunakan dalam sektor pertanian, pemanasan kediaman dan pengangkutan barang kini hampir mencecah paras rekod.
00:48Isu itu turut menjadi perhatian menjelang pilihan raya Kongres Amerika pada 3 November ini yang akan menentukan sama ada parti
00:56Republikan mampu mengekalkan majoriti tipis di Kongres.
01:00Harga diesel dilaporkan menurun selepas pengumuman berkenaan namun penganalisis berpandangan persetujuan itu mungkin tidak cukup untuk mengekalkan penurunan harga.
01:09Sebelum ini, Amerika mengenakan sekatan terhadap syarikat minyak Rusia pada Oktober 2025 susulan perang di Ukraine yang bermula pada 2022.
01:19Sebarang pertambahan ekspor diesel berpotensi menjana pendapatan tambahan kepada Moskow sekaligus memberi sumber kewangan yang boleh menyokong usaha perangnya.

Recommended