Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Penganalisis menilai insentif cukai M40 dan jaminan pembiayaan PKS mampu menyokong pertumbuhan ekonomi, namun pasaran kekal memantau hala tuju kadar faedah Amerika Syarikat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Ringgit dijangka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat pada minggu depan diniagakan dalam julat RM4.07 hingga RM4.08 ketika pasaran
00:09memberi reaksi terhadap pelanjawan 2027 bagi mendapatkan petunjuk terhadap prospek ekonomi Malaysia.
00:15Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad Dr. Mohd Abzan Nizam Abdul Rashid berkata, tumpuan pasaran kekal dihalakan kepada belanjawan
00:242027 yang dibentangkan pada Jumaat dengan kalangan ahli ekonomi dan penganalisis terus meneliti butiran serta implikasinya dalam hari-hari mendatang.
00:35Di dalam belanjawan 2027, terdapat beberapa pendekatan seperti potongan cukai bagi kumpulan pendapatan sederhana M40 dan tambahan jaminan pembiayaan kepada
00:44perusahaan kecil dan sederhana PKS melalui institusi seperti Syarikat Jaminan Pembiayaan Peniagaan Berhad dan Kredit Garanti Corporation Malaysia Berhad.
00:54Ujannya, kesemua langkah ini bertujuan memastikan peniagaan domestik terus berkembang maju.
00:58Bagaimanapun, Mohd Abzan Nizam berkata, kebimbangan berkaitan faktor luaran khususnya perkembangan mengenai kada faedah di Amerika Syarikat akan terus menjadi
01:06antara perkara utama yang menjadi tumpuan penggiat pasaran.
01:09Bagi perbandingan Jumaat hingga Jumaat, ringgit susut berbanding dolar Amerika kepada 4.0830 daripada 4.0820 pada minggu sebelumnya.
01:19Ringgit turut diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan matawang utama lain sepanjang minggu berkenaan.

Recommended