Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Pelaksanaan Fasa Kedua Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 antaranya akan tertumpu pada kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak melibatkan 2,000 lokasi, dengan pelbagai penyelesaian teknologi terkini digunakan bagi memperluas capaian internet mengikut kesesuaian kawasan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pelaksanaan Fasa Kedua Pelan Jalinan Digital Negara Jendela 2 antaranya akan tertumpu pada kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak melibatkan 2
00:09,000 lokasi dengan pelbagai penyelesaian teknologi terkini digunakan bagi memperluas capaian internet mengikut kesesuaian kawasan.
00:17Menteri Komunikasi Dato' Sri Fahmi Fadil berkata secara keseluruhan Jendela 2 melibatkan 3,000 lokasi dengan populasi antara 20 hingga
00:2630 orang hingga 200 hingga 300 orang yang memerlukan pendekatan berbeza bagi memastikan capaian internet dapat disediakan.
00:37Menurutnya bagaimanapun terdapat beberapa lokasi di Senanjung akan dinaik taraf dalam Fasa Kedua.
00:43Jelas beliau bagi Fasa pertama, satu per tiga lokasi di Senanjung, Sabah dan Sarawak.
00:50Mengulas lanjut, Fahmi berkata kira-kira satu per tiga daripada keseluruhan lokasi di bawah Jendela 2 akan melibatkan pembinaan menara
00:58telekomunikasi manakala selebihnya menggunakan pelbagai penyelesaian yang bersesuaian dengan keadaan setempat.
01:05Beliau berkata teknologi satelit Starlink antara pilihan yang boleh dimanfaatkan khususnya di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk rendah dan berdepan
01:14cabaran bentuk muka bumi.
01:16Teknologi Starlink versi terbaru yang lebih kecil mudah dibawa dan menjimatkan penggunaan tenaga turut berpotensi membantu menyediakan capaian internet di
01:26kawasan yang sukar mendapat liputan.
01:28Dalam pembentangan belanjawan 2027, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan menerusi pelaburan RM5 bilion memperkukuh ketersambungan internet di
01:39seluruh negara.
01:40Menerusi projek Jendela 2 termasuk memperluas liputan 4G ke semua kampung orang asli pada tahun depan.
Comments

Recommended