00:00Seorang lelaki cedera parah selepas diserang harimau ketika memasuki kandang haiwan itu di Taman Hidupan Liar Yorkshire, Britain pada Sabtu.
00:08Polis South Yorkshire memaklumkan pihaknya dihubungi selepas menerima laporan mengenai lelaki berkenaan yang memasuki kandang itu.
00:16Menurut polis, harimau terbabit kekal berada di dalam kandang dan tiada ancaman keselamatan terhadap orang awam.
00:21Taman Hidupan Liar itu ditutup susulan insiden berkenaan dan pihak pengurusan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menentukan punca kejadian.
00:30Dalam kenyataannya, Taman Berkenaan menegaskan keselamatan dan kebajikan pengunjung, kaki tangan serta haiwan kekal menjadi keutamaan.
Comments