Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Semua sekolah agama di bawah kawalan JAIS akan ditutup mulai 9 Oktober susulan keadaan jerebu yang melanda Selangor.
Transcript
00:00Sementara itu, semua sekolah agama negeri di bawah kawalan Jabatan Agama Islam Serangor, JAIS, turut akan ditutup sepenuhnya bermula Jumaat
00:07sesulang keadaan jerebu yang melanda negeri itu.
00:10Pengarah JAIS, Datuk Mohd Syazihan Ahmad berkata penutupan itu berkuat kuasa mulai 9 Oktober sehingga satu tarikh akan dimaklumkan kelak.
00:22Menurut beliau, sekolah Islam persendirian yang berdaftar dengan JAIS turut disarankan agar mematuhi ketetapan yang sama.
00:29Sepanjang tempoh penutupan, guru dikendaki melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dari rumah atau PDPR bagi memastikan proses pembelajaran murid tidak terjejas.
00:39Pihak sekolah juga diminta meneruskan pemantauan keadaan semasa serta mengutamakan keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid serta warga pendidikan.
00:49JAIS turut meminta ibu bapa dan penjaga agar sentiasa merujuk maklumat rasmi yang dikeluarkan berhubung tarikh pembukaan semula sekolah.
00:57Mereka juga dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang andaian dan hanya berpandukan kepada pengumuman rasmi pihak berkuasa.
01:05Selain itu, ibu bapa disarankan menasihati anak-anak agar mematuhi arahan pihak sekolah dan menjaga keselamatan diri sepanjang tempoh penutupan.
01:13Sampai jumpa di video selanjutnya.

Recommended