Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Sambutan Hari Sukan Negara 2026 peringkat kebangsaan di Bukit Jalil ditangguhkan susulan keadaan jerebu yang menjejaskan kualiti udara.
Transcript
00:00Sambutan Hari Sukan Negara 2026 peringkat kebangsaan yang dijadualkan berlangsung esok 10 Oktober di Bukit Jalil ditangguhkan susulan keadaan jerebu
00:09yang semakin buruk.
00:11Kementerian Belia dan Sukan dalam satu kenyataan memaklumkan keputusan itu dibuat selepas perbincangan bersama agensi kerajaan berkaitan serta mengambil kira
00:19aspek kesihatan awam dan keselamatan peserta, penganjur dan orang ramai.
00:26Menurut KBS, tarikh baru penganjuran akan dimaklumkan kelak tertaluk kepada keadaan kualiti udara yang selamat untuk aktiviti luar.
00:34KBS turun menjunjung kasih atas keprihatinan dan titah yang dipertuan agong Sultan Ibrahim berhubung keadaan jerebu yang melanda negara.
00:41Sementara itu, penganjuran Hari Sukan Negara di peringkat negeri dan lokasi lain akan ditentukan berdasarkan situasi setempat serta ketetapan pihak
00:48berkuasa masing-masing.
00:49Setakat ini, sambutan di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Melaka turut ditangguhkan.
00:56Bagaimanapun, program di Pahang, Terengganu, Kelantan, Perlis, Perak, Sabah, Sarawak dan wilayah Persekutuan Labuan akan diteruskan seperti dijadualkan.
01:06KBS turut menyeru orang ramai mengurangkan aktiviti fizikal di luar rumah dan mematuhi nasihat kesihatan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan
01:13dan Jabatan Alam Sekitar.

Recommended