00:00Tindakan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan menjalankan operasi Bantras Kesalahan Jalan Raya membabitkan warga asing sekitar ibu negara bertukar tegang apabila
00:09berdepan provokasi ketika pemeriksaan dilakukan.
00:13Semasa beberapa warga asing dikumpulkan di satu kawasan sekitar Sentul, bagi pemeriksaan, datang seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh bersama wanita
00:22tempatan yang mengaku sebagai majikan kepada pekerjanya yang ditahan.
00:26Lelaki itu berkata dia mahu mengambil kereta yang dibawa pekerjanya warga Bangladesh yang didakwanya mempunyai permit.
00:33Bagaimanapun, majikan terbabit terdiam selepas anggota operasi memaklumkan pekerjanya tiada lesin memandu sebelum beredar dengan rasa tidak berpuas hati.
00:43Tinjauan Sinar Harian mendapati ada antara warga asing ditahan, pemandu lori row on row off, row row, selain motosikal yang
00:50membawa muatan seperti tonggas.
00:52Bahkan ketika operasi, ada antara penunggang motosikal warga asing ini berpura-pura pengsan kononnya mahu elak ditahan.
01:00Ada antara penunggang terbabit dikenakan saman antara 5 hingga 7 saman atas pelbagai kesalahan.
01:07Sementara itu, pengarah JPJ Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, 47 kenderaan disita membabitkan motosikal, kereta dan kenderaan barangan selain 273
01:18notis pelbagai kesalahan dikeluarkan.
01:20Keseluruhan yang ditahan membabitkan pemandu, pembonceng serta kelindan ialah seramai 58 orang, antaranya membabitkan warga Myanmar, Kepoja, India, Pakistan, Bangladesh
01:32serta Indonesia.