Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis Tahun 2026 kepada 159 warga PDRM dalam istiadat di Istana Negara.
Transcript
00:00Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menggunakan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis di KPP tahun 2026 kepada 159 warga polis
00:10di Raja Malaysia PDRM.
00:12Istiadat yang berlangsung di Balai Rungseri Istana Negara itu diadakan sebagai penghargaan atas kepimpinan, himat bakti dan pengorbanan warga pasukan
00:20keselamatan berkenaan.
00:23Raja Pemaisuri Agong, Raja Zahri Sofiah turut berkenan berangkat ke istiadat yang bermula pada jam 9 pagi itu.
00:30Antara penerima Darjah Pangkat Pertama Panglima Gagah Pasukan Polis PGPP ialah Pengarah Cawangan Khas, Datuk Seri Ibrahim Darus, Pengarah Jabatan
00:39Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Datuk Seri Muhammad Asbullah Ali serta Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Datuk Aida Abdul Hamid.
00:47Turut menerima Darjah Berkenaan ialah Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, Datuk Rizwan Abdul Hamid, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan
00:56Komuniti, Datuk Seri Nur Hisham Nordin serta Pengarah Jabatan Pengurusan, Datuk Muhammad Zainal Abdullah bersama 5 pegawai kanan PDRM yang
01:05lain.
01:05Seri Paduka Baginda turut mengurniakan Panglima Setia Pasukan Polis kepada 31 penerima, Pahlawan Pasukan Polis kepada 44 penerima, Kesatria Pasukan
01:16Polis kepada 15 penerima dan Bentara Pasukan Polis kepada 58 penerima.
01:22Istiadat itu turut dihadiri Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Syamsul Anwar Nasarah, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk
01:29Dr. Awang Alik Jeman dan Ketua Polis Negara Tan Sri Datuk Seri Muhammad Khalid Ismail.
01:34Pengurniaan DKPP menjadi lambang penghargaan terhadap jasa, keberanian dan pengorbanan warga PDRM dalam menjamin keselamatan, keamanan serta kedaulatan negara.

Recommended